Monday 22 August 2011

Warisan Penjajah - Sekular



Warisan Penjajah
Penjajah British tidak melarang umat Islam bersembahyang, berpuasa, menyambut raya puasa dan tidak menyekat umat Islam mengerjakan haji malah disediakan sebuah kapal bunga raya untuk ke Mekah. Tidak juga melarang umat Islam bertadarus al-Quran tiap-tiap malam dan khatam Quran 3 kali sehari..lantak lah!! Tapi!! Jangan umat Islam mengkaji dan merealisasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara. Itu sumpah penjajah. Penjajah British lebih mengetahui Islam dari umat Islam bangsa melayu itu sendiri. Penjajah British sedar apabila umat Islam bangsa melayu celik al-Quran, mengamalkan ajaran yang terkandung didalam al-Quran, malapetaka akan timbul dalam sistem pemerintahan empayar British. Penjajah British telah belajar dan punyai pengalaman berperang dengan umat Islam dalam Peperangan Salib dizaman Kahlifah dan Pejuang Fisabilillah Sallehudin al-Ayubi. Mereka sedar, selagi umat Islam berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung didalam kitab al-Quran amatlah sukar bagi mereka hendak menewaskan umat Islam.
Satu cara dan kaedah untuk menewaskan umat Islam ialah memisahkan al-Quran dari kehidupan harian umat Islam. Penjajah British menterjermahkan fahaman sekular dalam masyarakat umat Islam bangsa melayu dan mereka telah berjaya melaksanakan sejak bertahun-tahun dahulu. Maka ramailah umat Islam dalam segenap lapisan masyarakat menerimanya sebagai sebahagian dalam ajaran agama Islam. Maka slogan yang amat popular diucapkan oleh mereka yang berfahaman sekular ialah ‘Politik lain dan Agama lain’, politik tidak boleh bercampur dengan agama!
Walaupun penjajah British telah lama meninggalkan umat Islam bangsa melayu, walaupun dikatakan kita telah merdeka tetapi fahaman sekular yang ditanamkan dan ditinggalkan masih lagi kuat berakal umbi dalam minda dan hati umat Islam bangsa melayu. Tidak secara langsung ada sebahagian umat Islam bangsa melayu telah membantu melanjutkan fahaman sekular ini. Tidak hairanlah mereka telah berjaya melaksanakan fahaman sekular dalam masjid dan dalam pentadbiran kerajaan. Puak-puak fahaman sekular ini telah melarang diadakan majlis ilmu,tazkirah dan ceramah didalam masjid dan surau. Mereka telah membantu pehak penjajah British menjadikan umat Islam buta dalam ajaran Islam.  
Tetapi syukur alhamdulillah, sudah ramai umat Islam bangsa melayu kini sudah sedar dan kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, malah golongan pejuang Islam ini menuntut syariat Islam ditegakkan dalam undang-undang negara. Ajaran Islam adalah benar dan menjadi penyelamat kepada semua bangsa yang beragama Islam dan menjadi rahmat kepada dunia.
Di kisahkan ada seorang bernama Pak Ali telah membeli kayu kayan, simen, batu bata, pasir dan zin untuk membina rumah. Semua barang-barang itu diletaknya ditepi jalan. Datang Pak Haji Ramli bertanya, ‘Salam, Pak Ali nak buat apa dengan barang-barang ni’. Jawab Pak Ali, ‘Nak buat rumah’. ‘Dekat mana nak buat rumah tu Pak Ali?’ soal Pak Haji Ramli. ‘Entah la, tapak rumahnya tak ada lagi!’ jawab Pak Ali. Dahi Pak Haji Ramli berkerut kehairanan. ‘Macam mana nak buat rumah kalau tapak rumah pun tak mandang(tidak ada)?’ bicara hati Pak Haji Ramli terus berlalu pergi meninggalkan Pak Ali yang masih terjegat berdiri disitu.
Iktibar dari cerita diatas itu tadi, ada umat Islam yang rajin berpuasa tapi gagal menunaikan fardhu solat. Ibaratkan puasa itu dinding rumah dan tapak rumah itu adalah solat. Dimana nak diletakkan pahala puasa itu jika solat ditinggalkan? Begitu juga lah dengan ibadat-ibadat lain seperti Haji, Zakat, Solat, Puasa, Sedekah dan lain-lainnya, ibarat seperti batu bata, simen, kayu kayan tapi apalah ertinya semua kerja amal itu jika tapak tak ada iaitu asas aqidah sudah terpesong disebabkan fahaman sekular iaitu ambil Islam setengah dan buang setengah. Solat Puasa Zakat Haji ambil tetapi bab muamalat, munakahat dan jenayat tolak bulat-bulat kerana tak sesuai digunakan!! Astagfirullah...
Firman Allah SWT : “Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka”.  Surah Muhammad : ayat 9
                Ditafsirkan tiada bernilai sedikit pun semua amalan disisi Allah SWT malah digugurkan amal-amal mereka kerana menolak ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak didalam al-Quran.

No comments:

Post a Comment