Wednesday 28 November 2012

Bukan Mudah Hendak Meluruskan Fakta Sejarah

Bukan Mudah Hendak Meluruskan Fakta Sejarah
Generasi Malaysia yang lahir selepas merdeka rata-rata dilanda kecelaruan dan kekeliruan sejarah merdeka yang sangat membingungkan. Apa yang sering dikumandangkan dicorong radio, kaca tv atau mahupun tulisan sejarah yang tertulis dihelaian kertas teks buku sekolah; kemerdekaan tanahair hasil tangan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera dan teman-temannya pada 31 Ogos 1957. Maka sejarah kemerdekaan pun bermula dari tanggal tersebut. Maka laungan Merdeka!, Merdeka!, Merdeka sering kita lihat di tv apabila tiba hari sambutan kemerdekaan kita.
                Sebagaimana umum mengetahui, Malaysia (dulu Tanah Melayu) dijajah oleh bangsa Barat selama hampir 500 tahun bermula dari bangsa Portugis menjajah Melaka 1511, dituruti dengan bangsa Belanda dan Inggeris sehingga 1957. Tempoh 500 tahun yang panjang itu, tidakkah ada bangsa kita   melahirkan putera puteri pejuang kemerdekaan?
                Sepanjang bangsa kita dijajah oleh Inggeris, nama-nama pejuang seperti Haji Hassan atau lebih dikenali dengan nama Tok Janggut dari Kelantan, Tok Ku Paloh atau nama betulnya Sayid Abdur Rahman seorang tokoh ulama dari Trengganu, Datuk Bahaman nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh, Mat Kilau atau nama betulnya Muhammad bin Imam Rasu seorang ahli sufi kedua-duanya dari Pahang, Haji Abdulrahman Limbong nama sebenar Haji Abdul Rahman b. Haji Abdul Hamid tokoh ulama dari Trengganu, Dol Said atau Abdul Said berasal dari daerah Naning Melaka, adalah nama-nama besar yang terlibat dalam penentangan penjajah British. Malangnya tokoh pejuang kemerdekaan ini tidak dinobatkan sebagai tokoh pejuang, mereka tidak ditempatkan diwalayah yang selayaknya sebagai menghargai sumbangan sang perintis kemerdekaan itu. Kenapa? Mengapa? Zalim kah kita bangsa melayu tidak menghargai pengorbanan jasa juang mereka??
                Dan bangsa melayu terus melahirkan tokoh-tokoh berjuangan kemerdekaan. Tahun 40an dan 50an, sederet lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lahir, seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako). Mereka inilah sebenarnya yang berjuang bermatian seperti tokoh pejuang terdahulu. Mereka adalah perintis kemerdekaan sejati yang sebahagiannya pernah meringkuk begitu lama dalam penjara Inggeris, bahkan diantaranya ada yang syahid seperti Tok Janggut yang mayatnya tergantung kaki diatas. Zalimnya penjajah British dibantu oleh polis/askar upahan berbangsa punjabi dan melayu sendiri. Kenapa tokoh-tokoh awal yang menyumbang keberanian yang tiada tolok banding ini bagaikan ‘didelete atau dipadam’ dalam sejarah kemerdekaan Malaysia? Apalah dosa-dosa yang telah pejuang-pejuang ini lakukan sehingga nama-nama mereka tersisih dari buku sejarah. Bukankah lebih adil jika nama-nama mereka tercatit dibawah nama-nama besar negarawan Bapak Kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj dan teman-temannya. Sejarah tetap mengarap nama besar itu, tapi disebalik Tuanku dan teman-temannya, tokoh-tokoh yang disebut itu jangan dipinggirkan, kerana generasi sekarang punya hak untuk mengetahui sejarah kental perjuangan sang pemberani tu dulu, lama sebelum Tunku berperanan.
                Sejarah tetap sejarah dan akan terus kekal sebagai sejarah. Fakta sebenar kejadian sejarah akan tetap terpahat dalam jiwa sang pejuang kemerdekaan untuk menegakkan keadilan ummah. Sama-sama lah kita mempertahankan ‘kemerdekaan’ ini walaupun terpaksa dibayar dengan darah atau nyawa sekalipun. Biar bumi merekah kerana terjahan bom, kami akan terus tetap dengan saf perjuangkan keadilan. Malaysiaku adalah Negaraku dan Islam adalah Agamaku dan ‘Mereka’ adalah rakan-rakanku.

Hikmah disebalik propaganda buruk terhadap agama Islam.

Hikmah disebalik propaganda buruk terhadap agama Islam. Ingat lagi peristiwa 11 September 2001? Peristiwa di mana Amerika Syarikat dikatakan telah diserang oleh kumpulan pengganas Islam, Al-Qaeda. Al-Qaeda dikatakan telah merempuh bangunan World Trade Center dan bangunan Pentagon menggunakan kapal terbang. Peristiwa ini telah mengubah sama sekali persepsi masyarakat dunia tentang Islam dengan menganggap agama Islam adalah agama pengganas. Peristiwa ini juga dikatakan satu konspirasi Amerika Syarikat sendiri yang ingin menjatuhkan Islam. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah dengan kuasa Allah ramai rakyat Amerika dan Eropah berbondong-bondong mendekati Islam dengan lebih dekat. Mereka membeli buku-buku yg berkaitan dengan ajaran Islam. Ada yang membeli tafsir al-Quran versi bahasa inggeris semata-mata ingin mengetahui ajaran Islam yang sebenarnya. Alhamdulillah kini kita dapati semakin ramai rakyat Amerika dan Eropah memeluk agama Islam atas kesedaran agama Islam itu adalah benar. Begitu juga lah perkara yang sama berlaku di Malaysia apabila BN/Umno melabelkan undang-undang Hudud adalah zalim. Tidak sesuai dilaksanakan kerana rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Setiap masa kita mendengar di radio, tv dan paper pro Umno mesra kerajaan menceritakan propaganda keburukan hukum hudud. Sasaran mereka adalah orang melayu dan keutamaan kepada orang cina. Digambarkan dengan ancaman ketakutan jika dilaksanakan hukum hudud ramailah orang Islam akan kudung tangan kerana mencuri dan orang-orang cina akan menjauhikan diri dari menyokong parti PAS. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Kebesaran dan Keadilan Allah propaganda buruk yang dimainkan oleh Bn/Umno mendatangkan hikmah kepada agama Islam itu sendiri. Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama. Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa. Allahuakbar. Takbir!! Wallahualam.

Apabila si jahil mukarrab mengkafirkan ulama...

Apabila si jahil mukarrab mengkafirkan ulama... بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ Rahim Noor is back. Selepas sekian lama mendiamkan diri natijah daripada kisah "lebamnya mata Anwar" lebih kurang 13 tahun yang lepas, Rahim Noor kembali menjadi bahan buala. Bermula daripada statement2nya berkenaan BERSIH (bersama2 dengan Tun Hanif Omar dan Musa Hassan), baru2 ini dia bertindak setapak lebih ganas dengan melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai "bapa kafir" atas alasan "fatwa Nik Aziz menyesatkan orang ramai lalu semuanya turun menyertai himpunan haram iaitu BERSIH". Perkara ini mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Puak2 UMNO berkata "rasakan ubat sendiri" merujuk kepada tuduhan depa berkenaan budaya "kafir mengkafir" dalam PAS yang menjadi mainan mulut depa sekian lama. Paling aku respek ialah respon tenang pihak tertinggi dalam PAS sendiri. Depa tidak melenting. Nik Abduh dalam satu kenyataan menggunakan bahasa kiasan yang cukup klasik utk membidas Rahim Noor manakala bapanya yang menjadi mangsa Rahim Noor pula langsung tidak memberikan apa2 komen - "malas nak layan puak yang jahil" jawapannya ketika aku tanya secara peribadi semalam. Ini pastinya memeningkan kepala puak2 UMNO yang mengharapkan PAS dan ahli2nya termakan umpan depa lalu menyerang balas habis2an lalu rancangan depa untuk melarikan fokus daripada tertumpu kepada tuntutan BERSIH berjaya. Nyata, ahli2 dan pucuk pimpinan PAS begitu bijak menangani isu ini. Tahniah buat kita semua. Cuma kat sini, aku terpanggil utk memberikan penjelasan secara tertumpu mengenai isu "kafir mnengkafir" ini. Ada beza yang besar apabila tok2 guru pondok dulu mengkafirkan UMNO (UMNO secara kolektif dan tidak ditujukan kepada individu2 dalam UMNO) dengan Rahim Noor membapak kafirkan Nik Aziz. Kenapa aku perlu mention tok2 guru itu mengkafirkan UMNO secara kolektif? Sebab depa mengeluarkan fatwa itu dengan melihat konteks secara kolektif. Baik, sebelum itu mari kita rujuk kembali apakah punca tok2 guru ini - yang mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kancah politik dan sosiomasyarakat negara pada ketika itu mengeluarkan fatwa sedemikian. PAS sering dituduh UMNO mengkafirkan UMNO. Tapi, tahukah kita bahawa TIDAK PERNAH walau sekalipun, di dalam mana-mana Ucapan Dasar Presiden semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, menyatakan yang UMNO itu kafir? Hakikatnya, mengkafirkan UMNO itu bukan polisi dan dasar PAS. Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja. Yang mula mengkafirkan UMNO adalah Tok2 Guru Pondok dari Kelantan dan Kedah semenjak tahun 60an lagi. Isu-isu yang membawa Tok2 Guru ini berijtihad bahawa UMNO kafir adalah: - Loteri UMNO 1951 - UMNO menghalalkan arak - UMNO menghalalkan judi - UMNO menolak hukum shariah Islam dan hukum jenayah Islam - UMNO menolak Negara Islam - UMNO menyokong murtadnya Natrah - UMNO bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menghalang terlaksanya hukum Islam - UMNO menyebarkan fahaman “Politik Suku Agama Suku” kepada orang2 Melayu Islam - UMNO menindas institusi-insititusi pondok dan “sekolah2 agama “ rakyat - UMNO menghalalkan hiburan yang mengkhayalkan - UMNO membuka kilang arak - Pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu ramai yang kaki botol dan kaki minum arak - Pemimpin2 UMNO pada masa itu majoriti meninggalkan solat (kecuali pemimpin2 UMNO dari Johor) dan banyak lagi sebab-sebab yang membawa kepada ijtihad sedemikian. Hingga kini kalau kita selidiki, tok2 guru pondok ini walaupun telah tua, masih berpegang dengan ijtihad bahawa UMNO itu kafir. Ertinya mereka tidak pernah berganjak dari ijtihad mereka. UMNO sudah tentu menggelabah dan berpeluh2 dengan ijtihad yang datang dari Tok-Tok Guru Pondok ini. Rata-rata Tok2 guru ini dihormati dan disegani di atas keilmuan mereka. Kalau UMNO cuba untuk mendakwa Tok2 guru ini di Mahkamah Syariah, nescaya tiada hakim yang sanggup mendengar kes mereka kerana kesemua hakim2 mahkamah syariah pada masa itu menghormati tok-tok guru pondok ini. MAjoriti mereka adalah anak2 murid kepada tok2 guru tersebut. Maka, strategi telah dirangka dan akhirnya UMNO membuat cerita fitnah kononnya tuduhan kafir ini datangnya dari PAS dan bukannya dari pondok. Pada masa itu, secara kebetulan, kubu2 PAS adalah di kawasan yang banyak institusi pondok. Maka, apabila UMNO melayangkan fitnah ini, mudahlah rakyat Melayu mempercayainya. Ini kerana pada tahun 60an rakyat tidak dapat membezakan antara Pondok dengan PAS. Dan oleh kerana media amat jarang pada masa itu, fitnah UMNO ini mudah sahaja ditelan oleh majoriti orang Melayu. Dan berapa ramaikan orang Melayu pada masa itu yang dapat mendengar Ucapan Dasar yang dibaca oleh Yang Dipertua Agung PAS? Juga, ramai Tok2 Guru pondok pada tahun 60an memegang jawatan dalam PAS, bertanding pilihanraya mewakili PAS, menjadi Ahli Parlimen dan ADUN PAS serta berkempen dan berusaha mengembangkan pengaruh PAS. Ingat tok2 guru pondok ni suka suki ke nak mengkafirkan UMNO tanpa sebab? Baik, mari kita rujuk kembali tentang satu kaedah dalam Islam yang dipanggil kaedah "takfir" iaitu berkenaan perihal menyatakan seseorang itu kafir. Dalam kaedah takfir terdapat dua fasal : Takfir Mutlak : menghukumi perbuatan dan dalam hal ini hanya memperhatikan satu perkara saja iaitu penyebab kekafiran, yakni dengan terpenuhnya syarat untuk dianggap sebagai mukaffir dari sisi dalil syar'ienya dan dari sisi perbuatannya sendiri yang qoth’iyud dalaalah (nyata sesat dan menyimpang). Takfir Muayyan : menghukumi pelaku, dalam hal ini yang perlu dilihat adalah dua perkara; iaitu hukum perbuatan itu sendiri sebagaimana di atas (takfir mutlak) dan melihat kepada keadaan pelakunya yang melakukan perbuatan itu sendiri dan tidak terdapatnya maani’ul hukmi (penghalang yang mani') pada orang tersebut. Dalamn ertikata mudah, orang itu buat kekufuran dan dia buat dengan kesedaran. Baik. Ada pihak berhujah bahawa "mana boleh mengkafirkan orang senang2 sedangkan dia masih lagi bersyahadah"? Kafir menurut bahasa bermakna menutupi. Oleh itu seorang yang terkeluar dari agama Allah ini digelar kafir kerana dia telah menutupi kebenaran atau kerana kekafirannya itu, dia menutupi apa yang sepatutnya dia imani. Kafir menurut syari‘at terbahagi kepada dua iaitu kafir akbar (besar) dan kafir asghar (kecil). Pertama: Kafir akbar Ini adalah bentuk kekafiran yang menyebabkan pembuatnya kekal dalam neraka selama-lamanya. Kafir akbar terbahagi kepada 5 jenis: a) Kafir Takzib (pendustaan) – Kekafiran jenis ini berbentuk mendustakan ajaran yang dibawa oleh para Rasul. Mereka mengingkari ajaran para Rasul dengan lidah dan hati mereka. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: "Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keterangan-Ku dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?” (an-Naml, 83-84) b) Kafir iba’ wal istikbar (keengganan dan kesombongan) – Ada sesetengah manusia yang sebenarnya hati mereka mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tetapi enggan untuk patuh kepadanya kerana kesombongan. Kekafiran ini adalah sama seperti kekafiran iblis. Iblis tidak menolak kebenaran Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Rabb yang berhak disembah dan dipatuhi perintah-Nya. Namun penentangan iblis adalah disebabkan kesombongannya. Sikap iblis ini adalah sebagaimana yang telah dihuraikan dalam al-Qur’an: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir" (al-Baqarah, 34). c) Kafir I’radh – ertinya berpaling dengan pendengaran dan hatinya dari ajaran para Rasul, tidak membenarkan dan tidak pula mendustakannya, tidak mencintainya dan tidak pula memusuhinya serta sama sekali tidak mahu memperhatikan dan mendengar kepadanya. Perilaku ini adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla: "Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya". (al-Fussilat, 3-4) d) Kafir Syak (keraguan) – Ini adalah golongan yang senantiasa di dalam keraguan akan kebenaran ajaran para Rasul. e) Kafir Nifaq – Iaitu menampakkan keimanan dengan lisan dan perbuatan namun hatinya kafir (orang munafiq). Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman". (al-Baqarah, 8) Kedua: Kafir Asghar Apabila seseorang itu tidak membuat sesuatu perintah agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan kewajipan perintah tersebut, dia tidak dianggap kafir. Contohnya adalah orang yang menyakini akan kewajipan membayar zakat harta tahunan, akan tetapi kerana leka mengejar kehidupan duniawi dia tidak membayar zakar tersebut. Maka orang ini tidak dihukum kafir. Demikian juga, apabila seseorang itu tidak meninggalkan sesuatu larangan agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan keharaman perkara tersebut, dia tidak dianggap kafir. Contohnya adalah orang yang menyakini keharaman hukum minum arak, akan tetapi oleh kerana keterbiasaannya minum sekian lama, dia mendapati sukar untuk menukar tabiat tersebut melainkan bertahap-tahap. Maka orang ini tidak dihukum kafir. Inilah yang dimaksudkan dengan kafir asghar. Kafir ini tidak mengeluarkan pembuatnya dari agama (masih termasuk dalam golongan yang beriman) dan tidak kekal dalam neraka. Berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam kitabnya Fiqh al-Akbar (ms. 102): Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir. Menurut Imam Abu Ja’afar al-Thahawi rahimahullah: "Kita tidak mengkafirkan seorangpun ahlul kiblat kerana dosa-dosa yang dilakukan, selama dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.” Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah melanjutkan: Maksud beliau (yakni Imam Abu Ja’afar al-Thahawi), "sesungguhnya Ahlus Sunnnah Wal Jama’ah tidak mengkafirkan seorang Muslim yang bertauhid, beriman kepada Allah dan hari akhir. Mereka tidak dikafirkan kerana perbuatan yang mereka lakukan, iaitu dosa seperti zina, minum khamar (arak), riba’, derhaka kepada orang tua dan sejenisnya, selama pembuatnya tidak menganggap halal perbuatannya. Namun apabila pembuatnya menganggap halal perbuatannya, maka mereka termasuk kafir kerana statusnya telah mendustakan Allah dan Rasul-Nya serta keluar dari agama. Apabila mereka tidak menganggap halal perbuatan dosanya, maka mereka tidak dikafirkan menurut fahaman Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka dianggap seorang mukmin yang lemah imannya..." Hal ini termasuklah tindakan kebanyakan pemerintah negara Islam pada zaman kini yang tidak melaksanakan hukum Allah. Berkata Imam Ibnu Abil ‘Izzi ‘Abdis Salaam dalam kitabnya Syarhul Aqidah ath-Thahawiyah (ms. 323-324): "Di sini wajib untuk kita berfikir (secara cemerlang) bahawa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah kadang-kadang boleh menjadi kafir yang mengeluarkan pembuatnya dari Islam (kafir akbar) dan kadang-kadang boleh menjadi maksiat besar atau kecil atau boleh jadi kafir majazi atau kafir asghar (kecil), yang demikian sesuai dengan keadaan hakim/perlaksanaan hukum itu." Apabila dia meyakini bahawa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah adalah tidak wajib dan bahawa dia diberi kebebasan (untuk berhukum dengannya atau tidak) atau dia menghina hukum Allah bersamaan dengan keyakinannya bahawa ia adalah hukum Allah, maka ini adalah kafir akbar. Apabila dia meyakini wajib berhukum dengan apa yang diturunkan Allah dan dia mengetahuinya tapi dia berpaling darinya, bersamaan dengan pengakuannya bahawa dia berhak mendapat hukuman (atas perbuatannya berpaling dari hukum Allah), maka orang ini telah berbuat maksiat dan ini dinamakan dengan kafir majazi atau kafir asghar. Berdasarkan penjelasan yang panjang lebar kat atas ni, jelas atau tidak mengenai perihal kafir mengkafir ini? Perlu sekali lagi aku ingatkan bahawa para ulama ini, jika benar depa beramal dengan ilmu depa, tidak akan sewenang2nya mengkafirkan orang lain melainkan jika terdapat landasan hujah dan ilmu yang boleh dijadikan sebagai asbabul fattawa mereka. Depa bukan suka suki nak mengkafirkan orang atas dasar "sertai perhimpunan yang dipengerusikan kafir". Jadi, berdasarkan penerangan2 kat atas tu, celah manakah dalil dan hujah Rahim Noor ingin membapak kafirkan Nik Aziz? Dan apakah tindakan para tok guru pondok itu mengkafirkan UMNO secara kolektif itu sebagai satu strategi politik sempit, atau berdasarkan ilmu dan kajian menyeluruh depa? Kenapa aku sebutkan "kafirkan UMNO secara kolektif"? Kerana, di dalam UMNO pun banyak je pihak yang tak bersetuju dengan perangai mungkar UMNO sejak zaman berzaman tetapi mungkin, hidayah Allah belum tiba kat hati depa atau depa masih belum ada kekuatan untuk meninggalkan jemaah yang serba mungkar itu. Kita doakan golongan2 sebegini diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk berhijrah kepada jemaah yang benar2 memperjuangkan Islam, terutamanya PAS jika kita merujuk dr segi siasah. Tidak dinafikan, ada sekerat dua ahli2 PAS yang extreme "lebih sudu dari kuah" dalam menafsirkan perihal kafir mengkafir ini sehingga bertindak sesuatu yang tidak mendapat restu pucuk pimpinan pun seperti menyatakan "haram makan sembelihan puak UMNO" atau "tak boleh berimamkan orang UMNO" dan sebagainya. Aku sendiri tak setuju benda ni dan pucuk pimpinan pun tak setuju benda ni. Cuma biasa la - benda2 terpencil ni la yang dicanangkan oleh UMNO seolah2 SEMUA ahli PAS bersikap sedemikian kerana disesatkan oleh fatwa pemimpin2 PAS, juga seperti kes bai'ah talak tiga (yang sebenarnya bukanlah amalan dalam PAS tetapi diamalkan oleh puak2 yang extreme tak kena tempat dalam PAS) dan sebagainya. Tapi itulah modal puak UMNO dalam usaha memburukkan PAS. Ini menunjukkan depa tadak isu. Berbalik kepada topik, sudah jelas dan nyata di kala tok2 guru pondok itu mengkafirkan UMNO berdasarkan ilmu depa, Rahim Noor mengkafirkan Nik Aziz berdasarkan kebodohan dirinya. Alas, siapa lagi nak percaya kata2 seorang bekas ketua polis yang pernah menipu tuduh Anwar lebamkan mata sendiri? Insaf la Rahim - perhatikanlah begitu banyak sahabat anda yang mati dalam penuh keraguan dan kehinaan. Anda sendiri pernah ditimpa bala demi bala. Kalau tak nak insaf jugak, tak tau la. Sebagai akhiran, aku petik kata2 Nik Abduh ketika respon kebodohan Rahim Noor yang terkini ini - "1) Apabila sang jahil menghukum ulama, negara tergamam, nadi terhenti beberapa ketika. 2) Apabila iblis berjaya menguasai seluruh diri, lidah dan tangan menjadi pedangnya. 3) Apabila kebatilan semakin menuju keruntuhan, iblis dan manusia tidak segan-segan lagi untuk bergandingan membantu. 4) Ulama UMNO bolehlah pakai sarung tangan bersalaman dengan iblis. 5) Semoga Allah merahmati orang-orang yang bertaubat dan memerangi orang-orang yang memusuhi para ulama dan auliya'nya." http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/apabila-si-jahil-mukarrab-mengkafirkan.html — with Aboo Muaz, Demi Rakyat, Pengundi Pas Kedah and 31 others.