Friday 9 December 2011

Gerhana Bulan Dis 2011

Gerhana Bulan
Malam ini pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.
Selamat Mencerap Gerhana!

Gembala Kambing


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...
" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.
Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!
Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Monday 5 December 2011

Aku bangsa melayu

Aku orang melayu. Bangsa melayu. Emak bapak aku pun orang melayu. Aku mengamalkan budaya bangsa melayu kerna itu aku orang melayu. Kalau aku terbuang ke Kutub Utara aku tetap bangsa melayu. Kalau tercampak ke Ethopia aku masih tetap bangsa melayu. Kalau aku berhijrah ke Kemboja pun aku tetap bangsa melayu dari Malaysia. Kalau aku berada dipuncak gunung Himalaya sekali pun aku tetap bangsa melayu. Jadi hebat lah aku jadi bangsa melayu. Bangsa melayu yang tetap kekal abadi dalam diriku sampai aku mati. Tetapi disisi Allah swt bangsa bukan lah satu tiket keistimewaan. Allah tak tanya pun aku ni bangsa apa didalam kubur nanti. Hanya amalan Islam sahaja yang dapat menyelamatkan aku dari kemurkaan Allah swt. Aku takut bangsa aku lenyap seperti mana Allah lenyapkan bangsa kaum A'ad diatas muka bumi ini kerna kesombongan mereka. Apa yang tidak hebatnya bangsa kaum A'ad yang kreatif dan gagah memahat bangunan tinggi dalam gua.Tubuh badan mereka tinggi dan gagah tetapi mati bergelimpangan hanya dengan tiupan angin datang dari Allah swt. Yang menyelamatkan aku bukan lah aku bangsa melayu tetapi Islam yang total aku amalkan. Nabi Muhammad saw pun tidak mengaku umatnya jika aku berjihad atas dasar bangsa dan kebangsaan. Aku bersyukur kerna aku orang Islam bangsa melayu..begitu juga bangsa yang lain beragama Islam kerna hanya Islam sahaja yang mampu menyatukan dan menyelamatkan bangsa. Wallahu alam.

Sunday 4 December 2011

Cinta Adam dan Hawa


Syurga yang serba nikmat
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)
Wallahu’alam….
Dipetik Dari Buku: 1001 Impian Siri 1 ” Rangkaian Kisah-kisah Bidadari”.
Pengarang: Nurun Nasuha MA. Terbitan Darul Nu’man.

Tuesday 15 November 2011

Anakku dalam kenangan 10 tahun berlalu

Anakku dalam kenangan 10 tahun berlalu

by Rahim Hussin on Wednesday, September 14, 2011 at 5:27pm
Salam. Esok tanggal 15/9/2011 genap 10 tahun anakku Nurul Izaati telah kembali menemui Penciptanya.Anakku hanya amanah dan pinjaman cuma dari Allah SWT. Sampai saatnya tidak terlajak sesaat pun Allah pasti akan ambil semula HAKNYA.
Aku tetap bersabar dan hati yang tabah menerima dugaan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
           Umurnya 17 tahun didunia. Senyum, gelak dan tangisnya tersimpan kekal didalam album hati aku. Anak dara sulung aku rengek manja dan nakalnya menjadi penawar hiasan mahligai aku. Sukar nak dilupakan telatahnya biarpun akhirnya aku akan datang menziarahi anakku didunia kekalnya...insyaallah.
           Detik akhir hayatnya di Wad ICU Hospital Ipoh. Petang hari kedua, 2 orang doktor menemui kami yang resah gelisah menunggu diluar wad. "Kami sudah berusaha sedaya upaya, memberi rawatan ubat yang terbaik 100% tetapi anak encik hanya memberi tindak balas cuma 20% sahaja..kami nasihatkan pada encik bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan...kami mintak maaf, harap encik banyak bersabar". Aku rasakan dunia tika tu membisu melayan perasaan hiba dan sayu dihati aku. Aku pasrah totaly namun tetap berdoa mengharap ehsan dari-NYA memanjangkan usia muda anakku itu.Sekilas cahaya wajah sikecil anakku menjelma dihadapan aku seperti biasa mengajak aku bermain menunggang kuda. Air mataku terus saja tiba-tiba jatuh berderai saatku mendengar gelak tawanya gembira diatas belakangku. Kami bermain 'kuda' menziarah setiap sudut bilik, anakku terus tertawa gembira, disaksikan isteriku yang juga terhibur sama.Telatahnya sewaktu kecil.
          Ketika jam 3.32 pagi,aku dan isteriku didatangi oleh jururawat meminta kami masuk menziarah anakku yang sedang tenat. Aku ditemani mertua serta adik bradik, kaum keluarga dari KL dan Seremban. Setengah jam kami berada disisi anakku, berdoa,membaca yassin. Wajah kesayangan anakku ku tatapi dengan penuh rasa sayang, ku belai rambutnya dan aku berbisik 'syahadah' ditelinganya. Hibanya hatiku kerna hayat anakku tidak akan kekal...anakku pasti menemui Penciptanya.
.......akhirnya sebelum subuh kami dihampiri jururawat yang sama menyampaikan berita yang aku sudah duga.. ".....maaf encik...anak encik sudah meninggal dunia"
Aku berpelukan dengan isteriku, begitupun air mata kami saja yang mengalir tanda isyarat kesedihan atas perginya anak kesayangan kami.
          Kepadamu wahai arwah anakku Nurul Izaati, abah dan mak serta adik-adikmu tetap kenangkan didalam doa kami. Pusaramu akan terus kami kunjungi. Kepada anak-anakku Nasrul Ariff, Nurul Amira, Nurul Nazirah dan Muhammad Asyraff, abah dan mak sentiasa dan terus menyayangi kalian..kami maafkan segala dosa dan halalkan makan minum anak-anakku. Berbaktilah kepada ibubapa,agama Islam,masyarakat dan pada negara. Amin.
Abah sayang padamu Nurul Izaati........berbahagialah anakku bersama roh-roh yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Kami sayang padamu Nurul Izaati.....Assalamualaikum....

Badal Haji

Badal Haji

by Rahim Hussin on Monday, October 17, 2011 at 1:13pm
Badal Haji atau dimaksudkan mengerjakan haji (oleh orang yang masih hidup yang telah mencukupi syarat-syaratnya) untuk seseorang yang telah meninggal dunia tapi masih tertanggung ke atasnya kewajipan haji fardhu yang belum ditunaikan semasa hayatnya, atau untuk orang yang tidak mampu mengerjakan fardhu haji disebabkan sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
Kedua-dua keadaan ini membolehkan orang lain mengerjakan Badal Haji bagi pihak mereka sama ada dengan upah atau mengerjakannya secara sukarela (percuma) seperti anak mengerjakan haji untuk menggantikan ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Hal ini telah menjadi keperluan syarak sejak dahulu lagi dan diamalkan berterusan sehingga sekarang berdasarkan kepada kebenaran Rasulullah S.A.W kepada seorang wanita zamannya yang ingin mengerjakan haji bagi bapanya yang telah meninggal dunia.
PERATURAN (AKAD/SYARAT UPAH)
Terdapat dua jenis Badal Haji yang dibenarkan oleh syarak:
1. Tanpa upahan / istinabah
2. Dengan upahan / isti'jar
Oleh kerana kebanyakan orang Islam mengamal/memilih jenis Badal Haji yang melibatkan upahan maka mereka harus memahami peraturan/syarat upah dan akad yang telah ditetapkan supaya menepati hukum dan tidak timbul sebarang kemungkinan yang boleh membatalkan amalan tersebut dan menjadi sia-sia atau pengabaian ke atas pelaksanaannya.
Bagi pelaksana yang mengambil upah (isti'jar) maka terdapat dua cara upahan mengerjakan Badal Haji ini:
     1. Ijarah 'Ain : Iaitu menetapkan/mengupah individu tertentu (yang mengaku sendiri) untuk mengerjakan Badal Haji. Badal jenis ini tidak boleh ditukar/diganti orang lain mengerjakannya selain diri orang yang telah ditetapkan dalam akad. Contohnya, seorang yang sakit tidak ada harapan sembuh berkata kepada penerima upah haji dengan lafaz "aku upah kamu menunaikan haji bagi diriku". Ini bermaksud penerima yang melaksanakannya sendiri.
     2.  Ijarah Zimmah (Zimmiyyah) : Iaitu menyerahkan tanggungjawab menunaikan haji kepada seseorang. Contohnya, "aku serahkan tanggungjawab menunaikan haji bagi pehak bapaku dengan bayaran......."  Badal Haji jenis ini tidak disyaratkan penerima akad melakukannya sendiri bahkan dibolehkan menggantikan orang lain mengerjakannya. Difahamkan dari Badal Haji jenis ini tidaklah menjadi suatu kesalahan jika seseorang pengupah berakad Badal Haji berkata, "aku mengupah kamu menunaikan haji bagi Allahyarham bapaku dengan upah sebanyak RM........". Jawab penerima upah "saya terima........... " atau seumpamanya.
      3.  Agensi / wakil pengendali boleh mengambil sejumlah wang yang munasabah dari pengubah sebagai bayaran pengurusan.
       4.  Sekiranya pengubah menentukan tahun pelaksanaan ibadat haji itu dalam akadnya maka penerima/pelaksana hendaklah menunaikan dalam masa yang ditentukan.

                                     Wallahualam...
 ·  ·  · Share · Delete

Sains dan Mati

Sains dan Mati

by Rahim Hussin on Tuesday, October 18, 2011 at 11:32pm
Firman Allah Taala (maksudnya): Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”. – surah al-Nisa: 78
Bagi pengetahuan indera adalah mati itu tidak bernafas lagi, darah tak jalan lagi, tidak bereaksi lagi, tidak bergerak lagi, diam……diam saja. Badan tegang dan dingin, berwarna pucat, setelah 24 jam kalau badan itu dibiarkan saja dalam udara terbuka, ia mulai membusuk. Ini adalah ciri-ciri luar dari kematian.
i)              Awal Sakrat al-Maut :  terjadi gangguan peredaran darah, tekanan darah nadi menurun, orangnya sesak nafas, kesedaran masih ada, tapi agak berkabut pandangannya.
ii)             Sakrat al-Maut : orangnya tidak sedar lagi, refleksi atau pantulan mata tidak ada lagi, pernafasannya putus-putus, gerak nadinya tidak terasa lagi, tapi ia masih dapat diraba pada pembuluh darah pada leher. 
iii)            Mati-klinik : tanda-tanda hidup yang dapat diperiksa dari luar ( secara klinik ) tidak ditemukan lagi, jantung dan pernafasan berhenti sama sekali.
Dalam tahap mati-klinik orang masih mempunyai peluang sedikit sekali untuk ditolong hidup kembali. Tetapi setelah peringkat ini lewat, berlangsunglah akhir kehidupan, iaitu mati-biologi. Pada peringkat mati-biologi tertutup sama sekali peluang usaha sains untuk mengembalikan hidup. Jarak masa antara mati-klinik dan mati-biologi itu biasanya hanya antara 4 sampai 6 minit. Setelah lewat waktu yang pendek ini mulailah terjadi pembusukkan sel-sel otak. Pembusukan inilah yang menyebabkan segala usaha manusia dengan kepakaran sains tidak berdaya. Pembusukan itu menjalar keseluruh tubuh. Apa bahagian-bahagian tubuh sampai waktu tertentu masih menjalani kehidupan selama 7 jam setelah mati. Dengan perawatan baik, menjaganya dari kebusukan, bahagian-bahagian jasad si “mati” dapat dipergunakan oleh manusia yang masih hidup yang memerlukannya misalnya mata si “mati”.

Cerita sediah bapa dan anak

Cerita sediah bapa dan anak

by Rahim Hussin on Monday, October 24, 2011 at 9:46pm
Cerita sedih si bapa dgn si anak
By Rahim Hussin in Warisan Nekmat n Nyachik ·  Edit Doc · Delete
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kawin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun Cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuh mengadu kepada bapanya, “Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak ada basikal, apa tuan tak segan ke?” Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana dan si anak cuma bagi tau, “Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih” Hek eleh takkan macam tu kot? Bingung si bapa. “Kenapa bola hitam dan putih?” “Tak perlu saya terangkan. Kalau papa ada duit, belikan itu je.” Bila ingat si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je, maka dibelikan anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa itu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
Masa berlalu, kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Musim kasut roda pula, si pengasuh perhatikan budak tu tak pernah minta bapanya beli kasut roda untuknya. Dia tengok je. basikalnya disimpan dlm stor. Pengasuh bagitau kat si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya, “anakku, kamu mau ke papa belikan kasut roda macam kawan2 kamu? Setakat kasut roda no problem..papa boleh beli.” Si anak menjawab, “Taka pa la papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak, kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Si Bapa geram, walau bagaimana pun si bapa tetap beli jugak dan tambah bola hitam dan bola putih.
Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. La ni main roller blade plak, roller blade dah menjadi kegilaan di taman itu. Trend baru..
Sementara si budak itu masih setia dgn kasut rodanya. Bila bapanya yg baru balik dari luar negeri terlihat anaknya masih main dgn kasut roda, si bapa jadi malu amat sangat, apa tidaknya, rumah banglo 3 tingkat, punya 3 syarikat besar, selalu keluar negeri lagi tu tapi macam tak caya anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: “Biar kamu tak malu.”
Pada malamnya terdapat nota balasan dari si anak “Papa, kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih suka yg tu.”
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah special sangat bola hitam dan bola putih!!!?
Sejak tu si bapa hari2 terima nota yang sama hingga tak tahan terus je beli bola hitam dan bola putih. Untuk kesekelian kalinya si anak tidak mendesak si bapanya tapi ditinggalkan satu nota di bilik bapanya..”terima kasih byk2 papa kerna belikan saya bola hitam dan bola putih.”
          Masa berlalu cepat ketika di kolej yang jaraknya agak jauh, si anak hanya naik bas je pergi sekolah. Member2 nya ada yang membawa motorsikal dan kereta ke kolej.
Suatu hari, ketika bapanya ada dirumah, si anak dihantar balik oleh membernya dengan motor Harley Davidson. Si bapa amat malu, anaknya bukan 2..bukan 3….4 pun bukan. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka si bapa tadi menawar hendak membeli motorsikal tetapi si anak menolak dgn alas an tidak praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam dan bola putih sahaja! Si bapa tidak boleh menerima anaknya menolak tawaran itu lalu dibelikan juga motosikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih. Si bapa tertanya sendiri sudah bertahun dia belikan bola hitam dan bola putih tetapi tak tahu kenapa anaknya minat dan memerlukan bola hitam dan bola putih.
          Bapanya amat gembira kerana si anak diterima masuk ke Universiti. Kerna gembira si bapa tadi menghadiahkan anaknya sebuah kereta Ferrari latest model. Tapi si bapa rasa binggung dan aweknya pun sama, dah ada kereta Ferrari tapi masih naik motosikal jugak! Bapa nya pun tanya dan si anak jawab..”abis papa tak belikan bola putih dan bola hitam”.
Suatu hari si bapa mengajak awek anaknya dinner. Si awek mengambil kesempatan memberitahu si bapa balaknya yang si anaknya tidak akan menyentuh kereta Ferrari itu selagi si bapanya tidak membelinya bola hitam dan bola putih. Demi menjaga imejnya si bapa beli la juga bola hitam dan bola putih walaupun dalam bilik anaknya dah bertimbun banyaknya. Nak buat apa lagiii…
          Suatu hari si anak membawa aweknya bersiar2 dgn kereta Ferrari, ya La..anak muda kan, ketika memandu si anak ni cium si aweknya dan dijadikan cerita..kereta itu terbabas!!! Kedua-duanya segera dibawa ke hospital dan bapanya dimaklumkan oleh polis terus ke hospital. Kedua-duanya cedera parah. Si awek mati ditempat kejdian dan si anak tenat. Doktor memaklumkan kepada si bapa keadaan si anaknya kritikal hanya ada harapan 50-50. Nasihat doctor, “Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..” Perlahan si bapa mendekati anaknya, “Papa, maafkan saya kerna cuai memandu…Sesaat ketika itu menjadikan si bapa paling akrab dgn anak lelakinya dan mungkin saat terakhir dirinya dgn anak lelakinya. Tiba2 dalam benak kepalanya ingin tahu mengapa anaknya selalu meminta bola hitam dan bola putih “Nak, maafkan papamu kerana selama ni papa sangat bz hingga kamu kesepian.. maafkan papa, nak.  Papa leka mencari harta kekayaan sehingga papa cuai meninggalkan kamu keseorangan, maafkan papa ya nak…Anaknya menjawab dlm keadaan lemah,”tak pa la papa, saya faham..Cuma saya kecewa papa belikan saya macam2…saya cuma minta bola hitam dan bola putih jer…
Si bapa rasa ini la masanya dia bertanya “kenapa kamu selalu minta bola hitam dan bola putih, mengapa ia begitu bererti buat mu, anakku?”

( anda pembaca semua pun ingin tahu kan..? )

Si anak menjawab dengan nada terputus-putus kerana sudah amat nazak dan masanya sudah hampir tiba. “sebabnya…saya..saya..saya..” *hep* Kepalanya perlahan-lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitahu bapanya tentang bola hitam dan bola putih.
Wahai pembaca, tengoklah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau…apo lai den yang tukang crito yo….lai la tak tahu apo apo..sori la yo..den pun orhang crito macam ni..a

My Mom...

My Mom....

by Rahim Hussin on Monday, October 24, 2011 at 10:02pm
Oh..my mom!!!
By Rahim Hussin in Warisan Nekmat n Nyachik ·  Edit Doc · Delete
This is long. But, it worth the time!!JUST READ IT! You will see why!My mom  only had one eye. I hated her...She was such an embarrassment..She cooked for students & teachers to support the family.There was this one day during elementary school where my mom came to say hello to me. I was so embarrassed. How could she do this to me? I ignored her, threw her a hateful look and ran out. The next day at school one of my classmates said, "EEEE, your mom only has one eye!" I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear... I confronted her that day and said,"If you're only gonna make me a laughing stock, why don't you just die?" My mom did not respond... I didn't even stop to think for a second about what i had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feelings. I wanted out of that house, and have nothing to do with her. So I studied real hard, got a chance to go abroad to study. Then I got married. I bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life, my kidds and the comforts, then one day, my mother came to visit me. She hadn't seen me in years and she didn't even meet her grandchildren. When she stood by the door, my children laughed at her, and i yelled at her for coming over uninvited. I screamed at her, "How dare you come to my house and scare my children!" GET OUT OF HERE! NOW!!!" And to this, my mother quietly answered, "Oh, I'm so sorry, I may have gotten the wrong address," and she disappeared out of sigh...One day, a letter regarding a school reunion came to my house...so i lied to my wife thaht I was going on a business trip. After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity. My neighbours said that she died. I did not shed a single tear.. The handed me a letter that she had wanted to have..."My dearest son, I think of you all the time. I'M sorry that I came to your house and scared your children. I was so glad when I heard you were coming for the reunion, but I may not be able to even get out of bed to see you. I'm sorry that I was a constant embarrassment to you when you were growing up. You see..when you were very little, you got into an accident, and lost your eye. As a mother, I couln't stand watching you having to grow up with one eye, so I gave you mine. I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye.With all my love to you,Your mother..

Wednesday 12 October 2011

Mere dil Mein Aaj Kya Hai.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Mere dil Mein Aaj Kya Hai.mp3

Mere dil Mein Aaj Kya Hai.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/_S5hEsaN/Mere_dil_Mein_Aaj_Kya_Hai.html" target="_blank">Mere dil Mein Aaj Kya Hai.mp3</a>

Monday 5 September 2011

Bukan Mudah Hendak Meluruskan Fakta Sejarah



Generasi Malaysia yang lahir selepas merdeka rata-rata dilanda kecelaruan dan kekeliruan sejarah merdeka yang sangat membingungkan. Apa yang sering dikumandangkan dicorong radio, kaca tv atau mahupun tulisan sejarah yang tertulis dihelaian kertas teks buku sekolah; kemerdekaan tanahair hasil tangan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera dan teman-temannya pada 31 Ogos 1957. Maka sejarah kemerdekaan pun bermula dari tanggal tersebut. Maka laungan Merdeka!, Merdeka!, Merdeka sering kita lihat di tv apabila tiba hari sambutan kemerdekaan kita.
                Sebagaimana umum mengetahui, Malaysia (dulu Tanah Melayu) dijajah oleh bangsa Barat selama hampir 500 tahun bermula dari bangsa Portugis menjajah Melaka 1511, dituruti dengan bangsa Belanda dan Inggeris sehingga 1957. Tempoh 500 tahun yang panjang itu, tidakkah ada bangsa kita   melahirkan putera puteri pejuang kemerdekaan?
                Sepanjang bangsa kita dijajah oleh Inggeris, nama-nama pejuang seperti Haji Hassan atau lebih dikenali dengan nama Tok Janggut dari Kelantan, Tok Ku Paloh atau nama betulnya Sayid Abdur Rahman seorang tokoh ulama dari Trengganu, Datuk Bahaman nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh, Mat Kilau atau nama betulnya Muhammad bin Imam Rasu seorang ahli sufi kedua-duanya dari Pahang, Haji Abdulrahman Limbong nama sebenar Haji Abdul Rahman b. Haji Abdul Hamid tokoh ulama dari Trengganu, Dol Said atau Abdul Said berasal dari daerah Naning Melaka, adalah nama-nama besar yang terlibat dalam penentangan penjajah British. Malangnya tokoh pejuang kemerdekaan ini tidak dinobatkan sebagai tokoh pejuang, mereka tidak ditempatkan diwalayah yang selayaknya sebagai menghargai sumbangan sang perintis kemerdekaan itu. Kenapa? Mengapa? Zalim kah kita bangsa melayu tidak menghargai pengorbanan jasa juang mereka??
                Dan bangsa melayu terus melahirkan tokoh-tokoh berjuangan kemerdekaan. Tahun 40an dan 50an, sederet lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lahir, seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako). Mereka inilah sebenarnya yang berjuang bermatian seperti tokoh pejuang terdahulu. Mereka adalah perintis kemerdekaan sejati yang sebahagiannya pernah meringkuk begitu lama dalam penjara Inggeris, bahkan diantaranya ada yang syahid seperti Tok Janggut yang mayatnya tergantung kaki diatas. Zalimnya penjajah British dibantu oleh polis/askar upahan berbangsa punjabi dan melayu sendiri. Kenapa tokoh-tokoh awal yang menyumbang keberanian yang tiada tolok banding ini bagaikan ‘didelete atau dipadam’ dalam sejarah kemerdekaan Malaysia? Apalah dosa-dosa yang telah pejuang-pejuang ini lakukan sehingga nama-nama mereka tersisih dari buku sejarah. Bukankah lebih adil jika nama-nama mereka tercatit dibawah nama-nama besar negarawan Bapak Kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj dan teman-temannya. Sejarah tetap mengarap nama besar itu, tapi disebalik Tuanku dan teman-temannya, tokoh-tokoh yang disebut itu jangan dipinggirkan, kerana generasi sekarang punya hak untuk mengetahui sejarah kental perjuangan sang pemberani tu dulu, lama sebelum Tunku berperanan.
                Sejarah tetap sejarah dan akan terus kekal sebagai sejarah. Fakta sebenar kejadian sejarah akan tetap terpahat dalam jiwa sang pejuang kemerdekaan untuk menegakkan keadilan ummah. Sama-sama lah kita mempertahankan ‘kemerdekaan’ ini walaupun terpaksa dibayar dengan darah atau nyawa sekalipun. Biar bumi merekah kerana terjahan bom, kami akan terus tetap dengan saf perjuangkan keadilan. Malaysiaku adalah Negaraku dan Islam adalah Agamaku dan ‘Mereka’ adalah Rakan-rakanku.