Aku orang melayu. Bangsa melayu. Emak bapak aku pun orang melayu. Aku mengamalkan budaya bangsa melayu kerna itu aku orang melayu. Kalau aku terbuang ke Kutub Utara aku tetap bangsa melayu. Kalau tercampak ke Ethopia aku masih tetap bangsa melayu. Kalau aku berhijrah ke Kemboja pun aku tetap bangsa melayu dari Malaysia. Kalau aku berada dipuncak gunung Himalaya sekali pun aku tetap bangsa melayu. Jadi hebat lah aku jadi bangsa melayu. Bangsa melayu yang tetap kekal abadi dalam diriku sampai aku mati. Tetapi disisi Allah swt bangsa bukan lah satu tiket keistimewaan. Allah tak tanya pun aku ni bangsa apa didalam kubur nanti. Hanya amalan Islam sahaja yang dapat menyelamatkan aku dari kemurkaan Allah swt. Aku takut bangsa aku lenyap seperti mana Allah lenyapkan bangsa kaum A'ad diatas muka bumi ini kerna kesombongan mereka. Apa yang tidak hebatnya bangsa kaum A'ad yang kreatif dan gagah memahat bangunan tinggi dalam gua.Tubuh badan mereka tinggi dan gagah tetapi mati bergelimpangan hanya dengan tiupan angin datang dari Allah swt. Yang menyelamatkan aku bukan lah aku bangsa melayu tetapi Islam yang total aku amalkan. Nabi Muhammad saw pun tidak mengaku umatnya jika aku berjihad atas dasar bangsa dan kebangsaan. Aku bersyukur kerna aku orang Islam bangsa melayu..begitu juga bangsa yang lain beragama Islam kerna hanya Islam sahaja yang mampu menyatukan dan menyelamatkan bangsa. Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment