Tuesday 15 November 2011

Badal Haji

Badal Haji

by Rahim Hussin on Monday, October 17, 2011 at 1:13pm
Badal Haji atau dimaksudkan mengerjakan haji (oleh orang yang masih hidup yang telah mencukupi syarat-syaratnya) untuk seseorang yang telah meninggal dunia tapi masih tertanggung ke atasnya kewajipan haji fardhu yang belum ditunaikan semasa hayatnya, atau untuk orang yang tidak mampu mengerjakan fardhu haji disebabkan sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
Kedua-dua keadaan ini membolehkan orang lain mengerjakan Badal Haji bagi pihak mereka sama ada dengan upah atau mengerjakannya secara sukarela (percuma) seperti anak mengerjakan haji untuk menggantikan ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Hal ini telah menjadi keperluan syarak sejak dahulu lagi dan diamalkan berterusan sehingga sekarang berdasarkan kepada kebenaran Rasulullah S.A.W kepada seorang wanita zamannya yang ingin mengerjakan haji bagi bapanya yang telah meninggal dunia.
PERATURAN (AKAD/SYARAT UPAH)
Terdapat dua jenis Badal Haji yang dibenarkan oleh syarak:
1. Tanpa upahan / istinabah
2. Dengan upahan / isti'jar
Oleh kerana kebanyakan orang Islam mengamal/memilih jenis Badal Haji yang melibatkan upahan maka mereka harus memahami peraturan/syarat upah dan akad yang telah ditetapkan supaya menepati hukum dan tidak timbul sebarang kemungkinan yang boleh membatalkan amalan tersebut dan menjadi sia-sia atau pengabaian ke atas pelaksanaannya.
Bagi pelaksana yang mengambil upah (isti'jar) maka terdapat dua cara upahan mengerjakan Badal Haji ini:
     1. Ijarah 'Ain : Iaitu menetapkan/mengupah individu tertentu (yang mengaku sendiri) untuk mengerjakan Badal Haji. Badal jenis ini tidak boleh ditukar/diganti orang lain mengerjakannya selain diri orang yang telah ditetapkan dalam akad. Contohnya, seorang yang sakit tidak ada harapan sembuh berkata kepada penerima upah haji dengan lafaz "aku upah kamu menunaikan haji bagi diriku". Ini bermaksud penerima yang melaksanakannya sendiri.
     2.  Ijarah Zimmah (Zimmiyyah) : Iaitu menyerahkan tanggungjawab menunaikan haji kepada seseorang. Contohnya, "aku serahkan tanggungjawab menunaikan haji bagi pehak bapaku dengan bayaran......."  Badal Haji jenis ini tidak disyaratkan penerima akad melakukannya sendiri bahkan dibolehkan menggantikan orang lain mengerjakannya. Difahamkan dari Badal Haji jenis ini tidaklah menjadi suatu kesalahan jika seseorang pengupah berakad Badal Haji berkata, "aku mengupah kamu menunaikan haji bagi Allahyarham bapaku dengan upah sebanyak RM........". Jawab penerima upah "saya terima........... " atau seumpamanya.
      3.  Agensi / wakil pengendali boleh mengambil sejumlah wang yang munasabah dari pengubah sebagai bayaran pengurusan.
       4.  Sekiranya pengubah menentukan tahun pelaksanaan ibadat haji itu dalam akadnya maka penerima/pelaksana hendaklah menunaikan dalam masa yang ditentukan.

                                     Wallahualam...
 ·  ·  · Share · Delete

No comments:

Post a Comment