Wednesday 28 November 2012

Hikmah disebalik propaganda buruk terhadap agama Islam.

Hikmah disebalik propaganda buruk terhadap agama Islam. Ingat lagi peristiwa 11 September 2001? Peristiwa di mana Amerika Syarikat dikatakan telah diserang oleh kumpulan pengganas Islam, Al-Qaeda. Al-Qaeda dikatakan telah merempuh bangunan World Trade Center dan bangunan Pentagon menggunakan kapal terbang. Peristiwa ini telah mengubah sama sekali persepsi masyarakat dunia tentang Islam dengan menganggap agama Islam adalah agama pengganas. Peristiwa ini juga dikatakan satu konspirasi Amerika Syarikat sendiri yang ingin menjatuhkan Islam. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah dengan kuasa Allah ramai rakyat Amerika dan Eropah berbondong-bondong mendekati Islam dengan lebih dekat. Mereka membeli buku-buku yg berkaitan dengan ajaran Islam. Ada yang membeli tafsir al-Quran versi bahasa inggeris semata-mata ingin mengetahui ajaran Islam yang sebenarnya. Alhamdulillah kini kita dapati semakin ramai rakyat Amerika dan Eropah memeluk agama Islam atas kesedaran agama Islam itu adalah benar. Begitu juga lah perkara yang sama berlaku di Malaysia apabila BN/Umno melabelkan undang-undang Hudud adalah zalim. Tidak sesuai dilaksanakan kerana rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Setiap masa kita mendengar di radio, tv dan paper pro Umno mesra kerajaan menceritakan propaganda keburukan hukum hudud. Sasaran mereka adalah orang melayu dan keutamaan kepada orang cina. Digambarkan dengan ancaman ketakutan jika dilaksanakan hukum hudud ramailah orang Islam akan kudung tangan kerana mencuri dan orang-orang cina akan menjauhikan diri dari menyokong parti PAS. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Kebesaran dan Keadilan Allah propaganda buruk yang dimainkan oleh Bn/Umno mendatangkan hikmah kepada agama Islam itu sendiri. Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama. Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa. Allahuakbar. Takbir!! Wallahualam.

No comments:

Post a Comment