Monday 8 August 2011

Ganjaran Pahala Wanita Sama Dengan Lelaki




Wawancara Di Antara Asma’ Dengan Nabi

            Asma binti Yazid Ansari r.a. telah datang menemui Rasulullah s.a.w., dengan berkata: “Ya Rasulullah s.a.w.! Dikau adalah berharga bagiku dari ibubapaku. Para wanita Islam telahpun mewakilkan daku sebagai wakil mereka untuk berbicara denganmu bagi pihak mereka. Sesungguhnya dikau adalah Rasul yang telah diutuskan oleh Allah bagi kedua-dua kaum lelaki dan perempuan. Kami kaum perempuan telah menghabiskan kebanyakan dari masa kami di dalam empat dinding rumah-rumah kami. Kami tinggal secara terikat kepada tugas-tugas kami dengan memenuhi keinginan hawa nafsu kaum lelaki di mana kami melahirkan bayi-bayi untuk mereka dan mengurus urusan rumahtangga mereka. Walaupun pada keseluruhannya, kaum lelaki telah mengatasi kami untuk mendapatkan ganjaran di dalam perkara-perkara yang mana tidak terdaya oleh kami melakukannya. Mereka telah dapat mengerjakan solat harian dan Jumaat di masjid, menziarahi orang-orang sakit, menghadiri upacara jenazah, melaksanakan Fardhu Haji dan paling besar sekali dapat berjuang di jalan Allah. Apabila mereka pergi untuk berHaji atau berjihad, kamilah yang memelihara harta-benda mereka, mendidik anak-anak mereka dan menenun kain untuk merreka. Tidakkah ganjaran-ganjaran itu dibahagi-bahagikan bersama di antara kami dengan mereka?”
            Rasulullah s.a.w., mengarah para Sahabat agar mereka mengelilinginya dan bersabda: “Pernahkah kalian mendengar seorang wanita menanyakan soalan yang begitu baik?” Para Sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah! Kalian tidak terfikir bahawa seorang wanita boleh menanyakan soalan yang sedemikian ini.”
            Rasulullah s.a.w., bersabda kepada Asma’ : “Dengarlah dengan teliti dan kemudian pergi dan khabarkanlah kepada kaum wanita yang telah mewakilkan dikau, bahawa apabila seseorang wanita menyukakan hati suaminya dan membereskan tugas-tugas rumahtangga mengikut kepuasan hati suaminya, beliau akan memperolehi ganjaran yang sama seperti mana kaum lelaki perolehi dari semua tugas-tugas mereka kepada Allah.”
            Dengan perasaan gembira Asma’ r.a. kembali setelah memaklumi jawapan dari soalan tersebut. Sikap ketaatan dan kelakuan yang baik terhadap sisuami adalah satu keuntungan yang paling besar bagi kaum wanita, asalkan mereka tahu akan nilainya.
            Sekali pernah para Sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “ Di negeri asing rakyat sujud di hadapan raja-raja dan ketua-ketua mereka. Dikaulah yang patut menerima penghormatan seperti ini malah lebih lagi daripada itu.”
            Baginda menjawab: “Tidak, sekiranya seseorang itu dibenarkan bersujud di hadapan sesiapa selain dari Allah, nescaya akan daku suruh para wanita bersujud di hadapan suami-suami mereka.”
            Kemudian baginda bersabda lagi: “Demi Tuhan yang menguasai nyawaku ditanganNya, seseorang wanita tidaklah boleh melakukan tanggungjawabnya kepada Allah sehinggalah ia telah melakukan tanggungjawabnya kepada suaminya dahulu.”

No comments:

Post a Comment