Saturday 6 August 2011

Rintihan Subuh



Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
“Assalamualaikum”, seru Subuh
“ Wa’alaikumsalam”, sahutku
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya subuh, bagaimana keadaanya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
“Tadi…”, kata Subuh dengan saya, “……..aku baru saja melintasi satu tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi tiada siapa pun mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan. “Subuh, usah kau pedulilan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan pebuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas ku cari dibumi lain, tapi jarang ku jumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.  Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. “Roti itu ada tuan punya”, kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuhu. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi ku bawa air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh...", seruku, "...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh”. Subuh tersenyum lagi menandakan permintaaku tidak akan dipenuhi. “Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu”.
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku
Kekasih yang kau rindui?”. Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
“Assalamualikum”, seru Subuh.
“Wa’alaikumsalam”, jawabku kembali
Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

P/s......Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor,Asar,Magrib dan Isyak?

No comments:

Post a Comment