Wednesday 10 August 2011

Gangguan Syaitan Sebelum Hembusan Nafas Terakhir




                Diriwayatkan, bahawa seseorang yang sedang menghadapi kematian, dua syaitan duduk di sampingnya. Yang seorang duduk di sebelah kanan sedang yang satunya duduk di sebelah kiri. Yang di kanan menyerupai ayah itu berkata: “Hai anakku, aku adalah ayah kandungmu dan amat sayang padamu. Sebaiknya matilah kamu dengan menyakini agama Nasrani. Sedang syaitan yang di sebelah kiri yang menyerupai ibu berkata: “Hai anakku betapa payahnya aku mengandungmu. Inilah dua susuku tempatmu minum dengan puas dan inilah pahaku yang sering engkau basahi dengan air kencingmu. Sekarang ku minta matilah engkau mengikuti agama Yahudi kerana agama itulah yang paling baik.”
                Kadang-kadang menyerupai ayah, ibu, kakak, adik atau siapa saja yang tadinya disayangi oleh orang itu. Lalu si iblis dan kawan-kawannya itu merayu-rayu supaya orang yang akan mati itu, mahu mati dalam agama Yahudi. Golongan syaitan ini memuji-muji agama Nasrani dan Yahudi itu. Dalam hal ini berlakulah kehendak Allah SWT, siapa yang Allah SWT gelincirkan/sesatkan, maka tergelincirlah ia, sebagaimana firman Allah SWT: (doa orang Mukmin) “Rabbana la tuzigh quluubana ba’da idz hadaitana”. ( Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan kami setelah kami Engkau berikan petunjuk).
                Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hambanya, ketetapan pendirian dan petunjuk, maka datanglah rahmat-Nya beserta Jibril as lalu Jibril pun mengusir syaitan-syaitan itu dan menyapu/mengelus wajah si mayat maka terlihatlah senyum si mayat kerana kegembiraan yang Allah berikan.
         Mujahid ra berkata: “Orang Mukmin yang akan mati, ditunjukkan kepadanya kebiasaan lingkungan majlisnya. “Jika sekiranya majlis itu adalah majlis yang suka bersenang-senang dan berfoya-foya, maka hal itulah yang dilihatnya, bila majlisnya memiliki kebiasaan zikir, maka majlis zikir itulah yang nampak”. Maksudnya ialah amalan orang mukmin semasa hayatnya di dunia ini condong ke arah mana, samada kerap hadir ke majlis hiburan, berdansa, menyanyi dan minum arak atau selalu hadir majlis zikir, tazkirah atau majlis ilmu maka takkala hampir dia akan mati maka majlis tersebutlah akan dipamirkan di hadapan matanya.
       Wahai sahabatku, kehidupan yang kekal abadi adalah di hari Akhirat. Beramal solehlah kita seolah-olah kita akan mati esok harinya. Kalian dah tahu tanda-tanda mati?

No comments:

Post a Comment