Thursday 28 July 2011

Selamat Hari Lahirku

         
         Hari ini genap umurku 55 tahun. Ramai juga saudara mara dan sahabat handai mengirimkan ucapan tahniah 'Selamat Hari Lahir' kepadaku. Aku tidak menyambut hari lahirku sejak dulu lagi cuma teringat didalam kotak fikiranku setiap detik dan saat umurku akan bertambah sampai ke penghujung akhirnya... tapi bila ya? Dalam sepi keseorangan aku menadah tangan kepada Allah SWT supaya terus memberi kepadaku, keluargaku,adikbradikku, saudara seislamku petunjuk dan hidayah supaya kami selamat dari azab didunia dan diakhirat. Apa yang penting menjaga aqidah dan iman kerna dipenghujung nafas dunia ini makin banyak fitnah terhadap Islam. Yang dikatakan benar difitnahkan, yang diharamkan diwar-war halal sehingga seluruh umat Islam jadi terkeliru jika tidak mengambil inisiatif mencari maklumat alternatif. Seperti kata hadis..pagi dia Islam tetapi sebelah petangnya pula bertukar menjadi kafir, begitulah seterusnya rutin hidupnya. 
           Hidupku bersama keluargaku hanya sederhana sahaja.Alhamdulillah mereka dididik supaya tidak durhaka kepada Allah dan Rasul dan kedua ibubapanya dan sentiasa menghormati sesama insan. Memelihara akhlak adalah perkara utama dalam iman. Aku sangat bimbang keselamatan iman anak-anakku bila aku dan isteri sudah dijemput oleh Allah SWT. Insyaallah aku sentiasa berdoa semoga Allah SWT memelihara iman anak-anakku semoga kami boleh bersatu kembali didalam syurga Allah SWT. Abah maafkan segala dosamu wahai isteri dan anak-anakku dan abah halalkan semua makan minum didunia ini. Abah sayang pada kalian. Amin.   

No comments:

Post a Comment