Friday 29 July 2011

KEADAAN IBLIS APABILA UMAT ISLAM MENGERJAKAN PUASA



Berkata Iblis: Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut:
1.   Apabila masuk sahaja awal bulan puasa Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi , dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.
2.   Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah SWT dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan tercatit selama dia berpuasa. Ini semua menyebabkan aku merasa dukacita yang amat sangat.
Hadis Rasulullah S.A.W: ertinya:
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan redho(ikhlas) dan menjaga batas-batasnya(sah dan batalnya) dan larangan, serta memelihara dirinya daripada kesalahan, nescaya puasanya itu akan menghapuskan semua dosa-dosanya yang telah lalu.”
Yang paling menyakitkan hati ku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut hatta burung yang terbang diudara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa. Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga di tutup pintu neraka dan dibukakan pula semua pintu syurga dengan selebar-lebarnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Tuhan untuk menangkap kami dari bangsa iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua kebawah bumi yang paling bawah sekali dan di azab dengan siksa azab yang amat sangat, siksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.
Semua ini dilakukan oleh Allah SWT supaya kami tidak mengacau dan menganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa lega dan gembira melakukan ibadah puasa tanpa gangguan dari kami, demikian juga di kala bangun untuk makan sahur diwaktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut sepertimana diwaktu bulan lain”.
Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat. Allah SWT telah memfardhukan atas kamu berpuasa padanya. Dibukakan didalamnya semua pintu syurga, dan dikuncikan didalamnya semua pintu neraka dan dibelenggu didalamnya segala iblis dan syaitan.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan An Nasaai serta AlBhaihaqi dari Abu Hurairah r.a)

No comments:

Post a Comment