Sunday 17 June 2012


PEMERINTAH ZALIM MENERIMA PADAH DI HARI QIAMAT
ABU Hurairah r.a. mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Pada hari kiamat Allah Taala akan genggam bumi ini dengan tangan kiri-Nya, langit yang luas akan dilipat (digulung) dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah Taala berfirman: Aku adalah Raja yang berkuasa pada hari ini, di manakah raja-raja (para pemimpin negara) yang memerintah di muka bumi dahulu?” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Allah Taala akan lipat langit dengan tangan kanan-Nya serta menggenggam bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berfirman: Manakah raja-raja (para pemerintah) yang berani mencabar dan melawan Aku di dunia dahulu, manakah para pemerintah yang sombong dan angkuh itu?
Dari maksud hadith Nabi s.a.w. di atas itu dapat kita bayangkan betapa pada hari qiamat kelak, ketika bumi digenggam rapat menjadi debu, dan langit akan digulung laksana tikar buruk oleh Allah SWT. Ketika itu Allah SWT mencabar golongan raja-raja atau golongan pemerintah yang zalim.
Semasa merek berkuasa di dunia dahulu, sebahagian besar mereka amat sombong bukan saja terhadap sesama manusia, sebaliknya terhadap Allah SWT, Ada yang berani mencabar mencabar Allah SWT dengan menidakkan segala hukum dan peraturan yang didatangkan kepada mereka melalui para Rasulullah a.s. dengan mengadakan undang-undang yang direkacipta oleh mereka sendiri.

1 comment:

  1. The best games to play online in NJ - DRMCD
    Play casino games 김포 출장샵 online today! Learn where to play real money 부산광역 출장마사지 games with best bonuses, 인천광역 출장안마 and 여주 출장안마 the 서산 출장안마 best promotions to play at. Learn more.

    ReplyDelete