Sunday 17 June 2012


Kisah seram malam Jumaat

Suasana malam begitu sunyi.Jalan raya begitu lengang.Sesekali lori yang berselisih dengan lorinya sambil membunyikan hon dan meninggikan cahaya lampu.Begitulah rutin Lan Muai sebagai seorang pemandu lori.Kerjaya yang memberikan pendapatan lumayan namun risiko yang dihadapinya juga agak tinggi.Bukan sahaja risiko kemalangan tetapi juga risiko diganggu oleh makhluk halus.Sudah beberapa orang kawannya kemalangan terutama ketika memandu lori pada waktu malam.Mujurlah kemalangan tidak melibatkan kehilangan jiwa.Antara alasan kebanyakan rakannya ialah diganggu jelmaan perempuan melintas dan kereta Volswagen kuning yang tiba-tiba masuk ke laluan mereka sehingga menyebabkan mereka terbabas ketika cuba mengelak.Hari ini dia terpaksa menghantar barang ke satu daerah di pantai timur dan terpaksa melalui jalan yang dikatakan keras dan berpenunggu oleh kebanyakan rakannya.Bagi Lan Muai itu semua adalah permainan syaitan yang takkan pernah jemu untuk menggoda dan mengganggu manusia, yang penting manusia cuma perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah agar dijauhkan dan dilindungi dari gangguan syaitan. Tiba-tiba dia terasa hendak terkucil namun dia cuba bertahan kerana tak mungkin ada tandas di kawasan jalan yang serba gelap gelita itu.Tak lama kemudian Lan Muai ternampak sebuah papan buruk.”Mujurlah ada masjid”,bisiknya dalam hati. Lan Muai memberhentikan lorinya di tepi jalan dan berjalan masuk ke dalam masjid tersebut.Binaan dan reka bentuk masjid itu agak uzur seolah-olah sudah lama dibina.

Lan Muai segera mencari tandas untuk membuang hajat.Dalam kesamaran cahaya bulan, dia tersentak seketika apabila ternampak batu-batu nisan terpacak di kawasan sebelah surau tersebut.Rupa-rupanya disebelah surau itu terletaknya kawasan tanah perkuburan Islam.Sesekali terdengar sayup-sayup suara anjing bersahutan.Lan Muai cuba mengawal perasaan gementarnya.“Assalamualaikum ya ahli kubur”, bisik Lan Muai perlahan dan terus berjalan masuk ke dalam bilik air.Sedang dia berada di dalam tandas, tiba-tiba Lan Muai terdengar bunyi paip air dibuka di tandas sebelahnya. Lan Muai hanya mampu beristighfar di dalam hati.Belum pernah lagi dia diganggu ketika menjalankan tugas.Selama ini dia hanya mendengar cerita dari rakan-rakannya sahaja.Mungkin malam tersebut adalah gilirannya pula.

Setelah selesai, Lan Muai cepat-cepat keluar dan segera menuju ke biliknya.Matanya hanya mampu memandang ke arah depan.Tidak berani dia memandang ke arah tanah perkuburan tadi.Namun Lan Muai dapat merasakan dia seolah-olah sedang diekori dari belakang.Semakin laju dia melangkah semakin laju juga benda yang mengekorinya itu.Sebaik sampai ke lorinya, dia segera masuk dan menghidupkan enjin. Belum sempat lorinya bergerak tiba-tiba, pintu di sebelah penumpang diketuk. Lan Muai tersentak lagi.Dia hanya mampu diam dan tak mampu bersuara.Lidahnya terasa kelu.Lan Muai cuba mengingat kembali ayat-ayat Al-Quran namun gagal.Timbul perasaan menyesal di hatinya kerana tidak belajar mengaji sehingga habis semasa waktu muda-muda dahulu.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Pintu di sebelah penumpang masih lagi diketuk. Lan Muai cuba melihat dari cermin sisi sebelah kiri.Dalam samar-samar malam kelihatan lembaga serba putih.Peluh pula membasahi dahi Lan Muai.Bulu romanya mula menegak.Lututnya menggigil.Tiba-tiba pintu di sebelah penumpang dibuka. Lan Muai menjerit “Jangan ganggu aku.Pergi kau dari sini”.

“Adik, wallet adik ni terjatuh dalam tandas tadi”, sapa seorang lelaki tua berpakaian putih.

Muka Lan Muai pucat.Dengan tangan yang terketar-ketar dia mengambil kembali dompetnya.

“Abang ni siapa?”, tanya Lan Muai dengan suara terketar-ketar.

“Abang Tok Siak dekat masjid ni.Sejak akhir-akhir ni banyak berlaku kecurian tabung masjid dekat area sini.Sebab tu kena tidur dekat masjid ni.Takut ada apa-apa hal.Adik taknak derma dekat surau ni?Nampak macam banyak duit dalam wallet tadi”, jawab lelaki tua itu.

Lan Muai tersipu-sipu malu sambil menghulurkan sekeping note merah.

Ini lah tugasan pertamanya sejak di tamatkan perkhidmatan. Muaiiiii!!

No comments:

Post a Comment