PERLU difahami makmum tidak boleh mendahului imam, sama ada ketika rukuk dan sujud atau ketika bangun daripada kedua-duanya dan seluruh kaifiyat yang lain dalam solat jemaah. Tidak sayogia makmum bergerak serentak sama pergerakan imam. Makmum mestilah menyusul kemudian sedikit pergerakan imam atau selepas imam habis melafaz “Allahu Akhbar”.
Inilah makna mengikut imam, disiplin dan syarat yang diajar oleh Islam, terhadap mematuhi orang yang layak memimpin. Tiada yang lebih layak jadi pemimpin melainkan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang yang mematuhi jejaknya.
Nabi Muhammad s.a.w. mengecam hebat perbuatan makmum mendahului imam melalui sabdanya yang bermaksud : “Tidakkah mereka merasa gerun, makmum yang angkat kepala mendahului imam, pada hari akhirat kelak Allah S.W.T. akan tukar kepalanya menjadi kepala khimar, atau hendaklah dia sedar bahawa perbuatan mendhaului imam itu dikutuk oleh Allah S.W.T.”
Makmum mendahului imam dikutuk oleh Tuhan kerana ia menunjukkan tiada kepatuhan terhadap imam. Dalam solat atau kepimpinan dalam masyarakat, sedangkan kesetiaan itu amat dituntut dalam Islam bagi membuktikan kesatuan ummah.
No comments:
Post a Comment