Thursday, 18 October 2012
Falsafah Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.
Hukum Melaksanakan Ibadah Korban
Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan.
Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn M
Cinta Allah Melebihi Cinta Makhluk
Di sebalik kisah yang dirakamkan itu, terdapat dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama. Pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala. Kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan. Sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah s.w.t. dan perintah seorang ayah. Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah s.w.t. yang tidak berbelah bahagi.
Maka firman Allaha Taa’laya “Hai segala malaikatku, bukakan olehmu segala pintu langit itu maka lihatlah oleh kamu sekelian bahawa kekasihku Ibrahim membunuh anaknya yang di kasihnya kerana menurut firmanku. Maka berseru-serulah segala malaikat ke hadrat Allaha Taa’laya “Yaa Alahaya, Yaa Rabaya, apatah hikmatmu dan hukummu atas hambamu Ibrahim yang demikian itu” maka firman Allaha Taa’laya “Lihatlah oleh kamu sekelian apa kelakuan kedua nabi itu pada mengikut firmanku. Tiadakah kamu lihat bahawasanya telah di bakar seteruku Namrut akan Ibrahim ke dalam api maka kupelihara akan dia daripada kejahatan seteruku. Maka sekarang pun kucuba akan dia dan akan anaknya adalah ia mengikut firmanku atau tiadakah maka inilah jawab yang amat nyata maka segala yang berbuat kebajikan kepada aku”.
Dalam kisah tersebut, demi membuktikan cinta mereka adalah benar, lalu Allah s.w.t. menguji mereka dengan bentuk ujian yang sukar diterima oleh akal manusia biasa. Oleh itu, benarlah bahawa cinta yang tulus ikhlas itu memerlukan pengorbanan yang mesti ditempuh melalui sesuatu ujian dan dugaan terlebih dahulu. Apakah bukti cinta mereka? Tidak lain dan tidak bukan mereka telah mengorbankan cinta mereka yang sementara kepada cinta yang kekal abadi.
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Justeru itu Islam telah menyusun dan mengatur tatacara berkorban dengan kemas dan sempurna supaya kita memahami pengajaran di sebalik peristiwa agung tersebut. Falsafah daripada pensyariatan ibadat ini nanti akan mengekalkan ingatan kita kepada lambang cinta agung Nabi Ibrahim yang mengorbankan puteranya Nabi Ismail demi cinta dan taqarrub mereka kepada Allah s.w.t. Firman-Nya yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah : 186) Wallahualam.
Monday, 15 October 2012
ALAM MAHSYAR
ALAM MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Anwar Agen IMF kerana Menolak Selamatkan Kroni2 Mahathir
TUESDAY, SEPTEMBER 18, 2012
Anwar Agen IMF kerana Menolak Selamatkan Kroni2 Mahathir
Semua orang maklum, pada tahun 1997, semua kroni2 UMNO dan Mahathir (termasuk anak Mahathir sendiri) mengalami kerugian yang dahsyat. Ramai kroni2 Mahathir telah berada diambang bangkrupsi termasuk lah anak Mahathir sendiri, si Mirzan.
Sebelum krisis 1997, kroni2 ini sebuk membahagi2 kekayaan negara sesama mereka. Sedikit pun rakyat Malaysia tidak merasai nikmat keuntungan yang dirasai oleh kroni2 ini. Namun, selepas mereka mengalami kerugian yang dahsyat pada tahun 1997, mereka telah merangkak dan menyembah kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan mereka dari kerugian dan bangkrupsi.
Dengan kata lain, waktu senang mereka lupakan rakyat. Waktu susah, mereka suruh rakyat selamatkan mereka. Inilah rahsia di sebalik kejayaan tokoh2 korporat Malaysia. Syabas!!!
Sebagai contoh ‘bail-out”-bantuan luar biasa kerajaan ini adalah anak Mahathir, Mirzan, yang pada masa itu mengalami kerugian yang dahsyat kerana saham syarikat beliau, Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), jatuh menjunam.
Maka, Mahathir telah mengarahkan Petronas membeli KPB dengan harga RM1.8billion walaupun adalah jauh lebih murah bagi Petronas untuk membeli KPB pada harga pasaran. Namun, Petronas terpaksa membazir wang rakyat hanya kerana ia adalah kemahuan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty. Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah antara yang menentang usaha ini.
Sepanjang Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia telah berjaya membayar balik hutang negara serta mencatatkan lebihan di dalam bajet negara. Semua ini adalah hasil dari sikap dan tindakan beliau yang berjimat cermat dan bersih di dalam pentadbiran.
Penentangan Anwar telah membawa kepada kemarahan Dr Mahathir. Sikap Anwar yg tidak mahu melibatkan wang rakyat di dalam menyelamatkan syarikat2 kroni Mahathir ini mendapat pujian seluruh dunia terutamanya IMF.
Prestasi Anwar sebagai Menteri Kewangan juga mendapat pujian yang melangit dari seluruh badan2 dunia yang bersangkut paut dengan kewangan negara2.
Maka, Dr Mahathir telah menggunakan peluang ini dengan melabel Anwar sebagai agen IMF. Kononnya IMF mahu menghapuskan kemerdekaan negara. Padahal, kalau betul2 benci pada IMF, sepatutnya Malaysia keluar dari menjadi negara anggota IMF. Tapi, sehingga hari ini Malaysia kekal sebagai negara anggota IMF.
Faktor sebenar label agen IMF dikenakan ke atas Anwar adalah percubaan Anwar menghalang wang rakyat dari digunakan untuk menyelamatkan kroni2 Mahathir ini.
Dan tindakan Anwar yang paling dibenci oleh Mahathir adalah apabila Anwar cuba menghalang wang Petronas dari digunakan untuk menyelamatkan Mirzan.
Segala fitnah yang dirancang dan dilancarkan terhadap Anwar adalah bertitik tolak dari tindakan Anwar untuk menghalang Petronas dari menyelamatkan Mirzan.
Harap kesemua pembaca dapat sedar siapakah sebenarnya agen asing di sini
Tuesday, 7 August 2012
Sunday, 17 June 2012
Misteri kehilangan wang bumiputra 52 bilion ~ Skandal BMF Lorrain Esme Osman Bawa Rahsia Mahathir Hingga Ke Kubur.
.Di mata dunia, bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance Lorrain Esme Osman, yang meninggal dunia dalam buangan di London pada hari Isnin lalu adalah pegawai bank yang tidak diketahui sehingga salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong.

Sehingga sekarang RM 2.5billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan. Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak pemimpin paling atas,Perdana menteri.
Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk. Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia.
Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras. Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain.
Jejak yang menuju terus kepada PM
Apabila mayat Jalil ditemui, satu-satunya yang mengaitkan beliau dengan Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan pada dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal.
Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF.
Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain. Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? "
Oleh itu, perjanjian ini dimeterai. Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain.
Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan.
Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan. ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords.
Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran.
Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan. Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya.
Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad.
Pengeluaran wang
George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai.
Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin.
Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi, Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain.
Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan.
Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia ke Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong. Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu.
Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan.
Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil. Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang.
Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu.
Misteri bersambung...nantikan episod seterusnya..
Lorrain, 79 dan berbangsa Serani dari Pulau Pinang dan bekas penganut Kristian, akhirnya membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian sehingga ia runtuh seperti rumah kad daun terup.

Ingatkah anda kepada bank UMBC? "Untuk Melayu, Bukan Cina".
Ia juga ada kaitan dengan skandal BMF yang dalangnya adalah
Mahathir sendiri hingga juruaudit BBMB, Jalil Ibrahim
dibunuh di Hong Kong pada 1983.
Ia juga ada kaitan dengan skandal BMF yang dalangnya adalah
Mahathir sendiri hingga juruaudit BBMB, Jalil Ibrahim
dibunuh di Hong Kong pada 1983.
Sehingga sekarang RM 2.5billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan. Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak pemimpin paling atas,Perdana menteri.
Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk. Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia.
![]() |
| Skandal pembunuhan juruaudit BBMB (kini CIMB), Jalil Ibrahim (kanan) di Hong Kong juga ada kaitannya dengan Mahathir |
Rakyat Malaysia mesti mengambil masa beberapa saat untuk memikirkan tentang ini, jika tidak kemungkinan 30 tahun lagi akan berlalu, dengan juri yang tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menunjukkan kes rasuah yang semakin teruk.
Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras. Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain.
Jejak yang menuju terus kepada PM
Apabila mayat Jalil ditemui, satu-satunya yang mengaitkan beliau dengan Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan pada dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal.
Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF.
Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain. Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? "
Oleh itu, perjanjian ini dimeterai. Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain.
Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan.
Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan. ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords.
Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran.
Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan. Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya.
Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad.
Pengeluaran wang
George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai.
![]() |
Antara Dec 6, 1985 apabila beliau ditangkap di rumah Londonnya atas waran ekstradisi sementara dari Hong Kong sehingga beliau dipenjara selama dua bulan pada tahun 1993, Lorrain berjuang dengan pertempuran undang undang lama dan mahal selama 90 bulan dari Penjara Brixton untuk kekal di London.
Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin.
Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi, Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain.
Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan.
Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia ke Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong. Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu.
Lorrain dalam satu wawancara awam di London membayangkan kemungkinan bahawa Jalil diugut oleh Mak "yang mahu lebih". Itu sama seperti mengatakan bahawa pemeras ugut mahu angsa yang bertelurkan emas itu mati.
Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan.
Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil. Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang.Tetapi di peringkat itu, seseorang itu boleh dimaafkan kerana menyangka dakwaan Lorrain bahawa Ku Klux Klan, Mafia, Mossad dan CIA semuanya adalah suspek dalam pembunuhan Jalil.
Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu.
Selepas negara dihimpit dengan masalah ekonomi, bermulalah beberapa pertembungan idea dan “episod masam-masam manis” dikalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia ketika itu.
Kerugian yang bernilai RM30 bilion dialami oleh kerajaan Malaysia sehingga membebankan rakyat Malaysia adalah satu angka yang cukup besar. Ini juga antara salah satu punca yang menyebabkan negara Malaysia dihimpit hutang yang cukup tinggi ketika iniselain daripada beberapa skandal penyelewengan lain yang masih belum “mampu” diselesaikan secara total. Jadi kami berharap skandal Forex ini dibuka semula dengan harapan selepas ini duit rakyat Malaysia tidak digunakan dengan sesuka hati apatah lagi memperjudikan duit negara untuk tujuan bermain forex.
Pada 1985 negara digemparkan dengan kebangkraban Bank bumioutra BMF yang kerugian sebanyak 52 bilion.angkara Mahadhir lagi. baca di [sini]

P/S : RM30 bilion jikalau diagihkan kepada rakyat Malaysia berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya. Apa pendirian anda pula?
Skandal Forex Malaysia
Tak habis lagi dengan skandal NFC, skandal PKFZ dan isu Scorpene yang dibangkitkan smeula oleh mahkamah Perancis rakyat Malaysia hari ini disogokkan pula dengan berita satu lagi skandal Forex yang melibatkan angka yang cukup besar kerugiannya kepada negara sekitar tahun 1992
Skandal Forex Malaysia ini pernah dibangkitkan oleh Lim Kit Siang di Dewan Rakyat suatu ketika dahulu dan juga pernah dimuatkan skndal ini juga oleh Barry Wain yang merupakan bekas penulis Asian Wall Street Journal dan juga Asia Week dalam bukunya berjudul Malaysia Maverick. Dan seperti biasa, buku-buku seperti ini telah diharamkan di Malaysia.
Dalam pendedahan skandal Forex spekulasi matawang asing baru-baru ini, Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop menamakan 4 orang orang golongan elit yang berkuasa pada ketika itu sebagai pemain utama yang telah menyebabkan negara kita Malaysia mengalami kerugian secara besar-besaran sebanyak RM30 bilion dalam skandal antarabangsa spekulasi pertukaran asing kira-kira 20 tahun lalu.
Individu-individu elit pada masa itu yang dimaksudkan itu sehingga mengakibatkan negara kita kerugian adalah seperti :
- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
- Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin
- Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein dan
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Dalam forum bertajuk: “Bank Negara Forex Scandal – When Government Becomes Speculator”, didedahkan di mana :
- Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop telah melakukan spekulasi dan berjudi secara melulu dan tidak bertanggungjawab dengan tidak mengambil kira keselamatan aset Bank Negara ketika itu
- Kedua-dua individu elit ini bertindak terlalu drastik sebegitu rupa semata-mata menewaskan George Soros,berkemungkinan untuk menarik perhatian ketua mereka bahawa mereka adalah pakar dalam urusan tukaran mata wang asing, dengan memperjudikan wang rakyat seperti anda, anda dan anda semua di sini. Siapakah ketua mereka pada masa itu?
- Ini semua berpunca daripada “tamak yang menguasai diri sehingga hilang pertimbangan” dek kerana Bank Negara yang pernah mendapat keuntungan yang munasabah sebelum 1992 – 1993 sehingga menyebabkan Bank Negara berjudi lagi dalam tukaran matawang asing dengan jumlah yang lebih besar.
- Siapa pula lawan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop ketika itu? George Soros. George Soros ini dalam bahasa mudahnya adalah merupakan pakar judi (seorang kapatalis forex antarabangsa). George Soros ini duduk dalam sistem kapitalis antarabangsa yang mencengkam.
- Norma pasaran matawang adalah untuk berdagang bagi 1 lot adalah dalam jumlah USD1 juta, USD5 juta atau USD10 juta, tetapi Bank Negara biasanya akan berdagang dalam USD50 juta untuk 1 lot dan mencecah sehingga USD1 bilion sehari, kerana mereka akan berdagang spekulasi matawang sehingga antara 5 dan 10 lot setiap panggilan.
- Tetapi apa hasilnya yang kerajaan Malaysia dapat ketika itu? Orang tua-tua ada mengatakan “orang tamak selalu rugi”
- Akhirnya pada tahun 1992, Bank Negara telah berjudi dalam spekulasi matawang Pound British dan bersaing dengan George Soros, pemain utama dalam pasaran forex. Akibatnya Bank Negara kehilangan USD5.5 bilion dan George Soros mendapat USD1.7 bilion
- Bank Negara kemudian mendakwa ia adalah hanya kerugian atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Walaubagaimanapun, pakar-pakar kewangan menganggarkan Bank Negara telah kehilangan antara USD27 bilion sehingga USD33 bilion, yang lima kali ganda lebih tinggi daripada rizab luar negara dan aset keseluruhan USD20.7 bilion pada tahun 1992
- Kemudian Lim Kit Siang menganggarkan Bank Negara kehilangan amat besar sebanyak RM30 bilion. Walaubagaimanapun, Bank Negara mendakwa kerugian hanya RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993
Dan masih ingat lagi, krisis kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia termasuklah negara kita Malaysia sekitar tahun 1997/1998. Antara lainnya berpunca daripada tindakan George Soros sendiri yang menggunakan duit dananya untuk sabotaj ekonomi negara lain termasuk Malaysia. George Soros perhatikan, Malaysia hanya negara kecil pada masa itu, tetapi “cukup berani” bermain judi peringkat antarabangsa dengan mengunakan rizab wang negara di “lapangan permainannya”. George Soros bertindak “tapau” Malaysia sehingga menyebabkan satu malam rizab wang negara hilang begitu sahaja. Jelas?
Okay. Dalam contoh mudahnya, yang kami ingin kongsikan di sini dalam bentuk penceritaan:
- Individu A balik ke rumah dan telah berjumpa dengan maknya
- Maknya pun bertanya kepada individu A, mana duit gaji kamu hari ini?
- Individu A pun menceritakan semula kepada maknya yang mana dalam perjalanan pulang tadi, beliau telah diganggu oleh tokey judi dan telah mengambil duitnya
- Jikalau maknya cerdik, semestinya maknya akan cepat angkat tangan, lempang muka individu A (anaknya) kiri dan kanan. Sebab? Inilah yang ingin kami sebutkan..
- Sebab…..kalau individu A tidak berjudi macam mana tokey judi itu boleh ganggu beliau dalam perjalanan pulang dan bertindak berani merampas duit gaji daripadanya? Dan….
- Dan…..kalau kita (kerajaan Malaysia tak main judi di peringkat antarabangsa), macam mana George Soros boleh sabotaj ekonomi Malaysia selepas itu?Selepas negara dihimpit dengan masalah ekonomi, bermulalah beberapa pertembungan idea dan “episod masam-masam manis” dikalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia ketika itu.
Kerugian yang bernilai RM30 bilion dialami oleh kerajaan Malaysia sehingga membebankan rakyat Malaysia adalah satu angka yang cukup besar. Ini juga antara salah satu punca yang menyebabkan negara Malaysia dihimpit hutang yang cukup tinggi ketika iniselain daripada beberapa skandal penyelewengan lain yang masih belum “mampu” diselesaikan secara total. Jadi kami berharap skandal Forex ini dibuka semula dengan harapan selepas ini duit rakyat Malaysia tidak digunakan dengan sesuka hati apatah lagi memperjudikan duit negara untuk tujuan bermain forex.
Pada 1985 negara digemparkan dengan kebangkraban Bank bumioutra BMF yang kerugian sebanyak 52 bilion.angkara Mahadhir lagi. baca di [sini]P/S : RM30 bilion jikalau diagihkan kepada rakyat Malaysia berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya. Apa pendirian anda pula?
Subscribe to:
Posts (Atom)