Friday, 26 August 2011

ISTERINYA SEORANG KHUNSA


            Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah persitiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkhawin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alat jantina) sisuami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya.  Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu pun melahirkan anak.  Selepas itu tiada berapa lama timbul nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya.  Akhirnya jariah ini pun melahirkan anak juga.
 Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali .Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya.  Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminya.  Dia boleh di jimak oleh suaminya serta dapat pula menjimak jariahnya.  Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini Khalifah Ali tidak ketandusan akal.  Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini.
            Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya.  Khalifah Ali lalu menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki.  Alasannya kerana ketika Allah menciptakan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga, Allah lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan di ciptakan Hawa daripadanya.  Oleh sebab itu tulang rusuk kiri Adam telah kurang satu.  Khalifah Ali lalu memisahkan perkhawinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya di anggap tidak sah.

Tuesday, 23 August 2011

Bacalah Bismillah....


                                                                Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..
2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..
Sabda Rasulluah, ' siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.... ‘

Ulasan: Begitu juga siapa yang menganjurkan program haram/mungkar akan terus menerima dosa biarpun selepas mati selagi orang ramai mengamalnya.

Monday, 22 August 2011

Warisan Penjajah - Sekular



Warisan Penjajah
Penjajah British tidak melarang umat Islam bersembahyang, berpuasa, menyambut raya puasa dan tidak menyekat umat Islam mengerjakan haji malah disediakan sebuah kapal bunga raya untuk ke Mekah. Tidak juga melarang umat Islam bertadarus al-Quran tiap-tiap malam dan khatam Quran 3 kali sehari..lantak lah!! Tapi!! Jangan umat Islam mengkaji dan merealisasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara. Itu sumpah penjajah. Penjajah British lebih mengetahui Islam dari umat Islam bangsa melayu itu sendiri. Penjajah British sedar apabila umat Islam bangsa melayu celik al-Quran, mengamalkan ajaran yang terkandung didalam al-Quran, malapetaka akan timbul dalam sistem pemerintahan empayar British. Penjajah British telah belajar dan punyai pengalaman berperang dengan umat Islam dalam Peperangan Salib dizaman Kahlifah dan Pejuang Fisabilillah Sallehudin al-Ayubi. Mereka sedar, selagi umat Islam berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung didalam kitab al-Quran amatlah sukar bagi mereka hendak menewaskan umat Islam.
Satu cara dan kaedah untuk menewaskan umat Islam ialah memisahkan al-Quran dari kehidupan harian umat Islam. Penjajah British menterjermahkan fahaman sekular dalam masyarakat umat Islam bangsa melayu dan mereka telah berjaya melaksanakan sejak bertahun-tahun dahulu. Maka ramailah umat Islam dalam segenap lapisan masyarakat menerimanya sebagai sebahagian dalam ajaran agama Islam. Maka slogan yang amat popular diucapkan oleh mereka yang berfahaman sekular ialah ‘Politik lain dan Agama lain’, politik tidak boleh bercampur dengan agama!
Walaupun penjajah British telah lama meninggalkan umat Islam bangsa melayu, walaupun dikatakan kita telah merdeka tetapi fahaman sekular yang ditanamkan dan ditinggalkan masih lagi kuat berakal umbi dalam minda dan hati umat Islam bangsa melayu. Tidak secara langsung ada sebahagian umat Islam bangsa melayu telah membantu melanjutkan fahaman sekular ini. Tidak hairanlah mereka telah berjaya melaksanakan fahaman sekular dalam masjid dan dalam pentadbiran kerajaan. Puak-puak fahaman sekular ini telah melarang diadakan majlis ilmu,tazkirah dan ceramah didalam masjid dan surau. Mereka telah membantu pehak penjajah British menjadikan umat Islam buta dalam ajaran Islam.  
Tetapi syukur alhamdulillah, sudah ramai umat Islam bangsa melayu kini sudah sedar dan kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, malah golongan pejuang Islam ini menuntut syariat Islam ditegakkan dalam undang-undang negara. Ajaran Islam adalah benar dan menjadi penyelamat kepada semua bangsa yang beragama Islam dan menjadi rahmat kepada dunia.
Di kisahkan ada seorang bernama Pak Ali telah membeli kayu kayan, simen, batu bata, pasir dan zin untuk membina rumah. Semua barang-barang itu diletaknya ditepi jalan. Datang Pak Haji Ramli bertanya, ‘Salam, Pak Ali nak buat apa dengan barang-barang ni’. Jawab Pak Ali, ‘Nak buat rumah’. ‘Dekat mana nak buat rumah tu Pak Ali?’ soal Pak Haji Ramli. ‘Entah la, tapak rumahnya tak ada lagi!’ jawab Pak Ali. Dahi Pak Haji Ramli berkerut kehairanan. ‘Macam mana nak buat rumah kalau tapak rumah pun tak mandang(tidak ada)?’ bicara hati Pak Haji Ramli terus berlalu pergi meninggalkan Pak Ali yang masih terjegat berdiri disitu.
Iktibar dari cerita diatas itu tadi, ada umat Islam yang rajin berpuasa tapi gagal menunaikan fardhu solat. Ibaratkan puasa itu dinding rumah dan tapak rumah itu adalah solat. Dimana nak diletakkan pahala puasa itu jika solat ditinggalkan? Begitu juga lah dengan ibadat-ibadat lain seperti Haji, Zakat, Solat, Puasa, Sedekah dan lain-lainnya, ibarat seperti batu bata, simen, kayu kayan tapi apalah ertinya semua kerja amal itu jika tapak tak ada iaitu asas aqidah sudah terpesong disebabkan fahaman sekular iaitu ambil Islam setengah dan buang setengah. Solat Puasa Zakat Haji ambil tetapi bab muamalat, munakahat dan jenayat tolak bulat-bulat kerana tak sesuai digunakan!! Astagfirullah...
Firman Allah SWT : “Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka”.  Surah Muhammad : ayat 9
                Ditafsirkan tiada bernilai sedikit pun semua amalan disisi Allah SWT malah digugurkan amal-amal mereka kerana menolak ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak didalam al-Quran.

Friday, 19 August 2011

Anak Paderi Masuk Islam. Pengajaran Untuk Umat Islam




Anak Paderi Masuk Islam

Renung renungkanlah
Assalam Mu’alaikum Wbrth!!!…Bacalah dan Renungkanlah. …
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di
satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah
ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan,
tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
– Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
– Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan
Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz
itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz
itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang
malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, “mengapa Johanis….awak mengigau…. “
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan
oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan
di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang…kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak.
saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya
dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,
emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah saya menganut
Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu… …
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu…
Islampun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah…. ….Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..purapura
….dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT… Saya paling bimbang di Universiti
Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insya Allah!! !
TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi islam…Demi agama yang tercinta…insyaAllah…
HALALKAH REZEKI KITA…..???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN……BAGI ANAK – ANAK KITA MAKAN……..NAK SELAMAT DI
AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH.. ……… ..WASSALAM! !!

Wednesday, 10 August 2011

Gangguan Syaitan Sebelum Hembusan Nafas Terakhir




                Diriwayatkan, bahawa seseorang yang sedang menghadapi kematian, dua syaitan duduk di sampingnya. Yang seorang duduk di sebelah kanan sedang yang satunya duduk di sebelah kiri. Yang di kanan menyerupai ayah itu berkata: “Hai anakku, aku adalah ayah kandungmu dan amat sayang padamu. Sebaiknya matilah kamu dengan menyakini agama Nasrani. Sedang syaitan yang di sebelah kiri yang menyerupai ibu berkata: “Hai anakku betapa payahnya aku mengandungmu. Inilah dua susuku tempatmu minum dengan puas dan inilah pahaku yang sering engkau basahi dengan air kencingmu. Sekarang ku minta matilah engkau mengikuti agama Yahudi kerana agama itulah yang paling baik.”
                Kadang-kadang menyerupai ayah, ibu, kakak, adik atau siapa saja yang tadinya disayangi oleh orang itu. Lalu si iblis dan kawan-kawannya itu merayu-rayu supaya orang yang akan mati itu, mahu mati dalam agama Yahudi. Golongan syaitan ini memuji-muji agama Nasrani dan Yahudi itu. Dalam hal ini berlakulah kehendak Allah SWT, siapa yang Allah SWT gelincirkan/sesatkan, maka tergelincirlah ia, sebagaimana firman Allah SWT: (doa orang Mukmin) “Rabbana la tuzigh quluubana ba’da idz hadaitana”. ( Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan kami setelah kami Engkau berikan petunjuk).
                Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hambanya, ketetapan pendirian dan petunjuk, maka datanglah rahmat-Nya beserta Jibril as lalu Jibril pun mengusir syaitan-syaitan itu dan menyapu/mengelus wajah si mayat maka terlihatlah senyum si mayat kerana kegembiraan yang Allah berikan.
         Mujahid ra berkata: “Orang Mukmin yang akan mati, ditunjukkan kepadanya kebiasaan lingkungan majlisnya. “Jika sekiranya majlis itu adalah majlis yang suka bersenang-senang dan berfoya-foya, maka hal itulah yang dilihatnya, bila majlisnya memiliki kebiasaan zikir, maka majlis zikir itulah yang nampak”. Maksudnya ialah amalan orang mukmin semasa hayatnya di dunia ini condong ke arah mana, samada kerap hadir ke majlis hiburan, berdansa, menyanyi dan minum arak atau selalu hadir majlis zikir, tazkirah atau majlis ilmu maka takkala hampir dia akan mati maka majlis tersebutlah akan dipamirkan di hadapan matanya.
       Wahai sahabatku, kehidupan yang kekal abadi adalah di hari Akhirat. Beramal solehlah kita seolah-olah kita akan mati esok harinya. Kalian dah tahu tanda-tanda mati?

APA PUNCA ANAK DERHAKA



                Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat -tempat yang sensitif... .. itu salah...
                "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
HUBUNGAN DENGAN BAPA
            Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu..Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimana sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata
Mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
            Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
“Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
            Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami…jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.  "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.             
           Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Monday, 8 August 2011

Tajdid Iman : Pahala Mentaati IbuBapa Melebihi Jihad Fisabilillah



Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka. RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat. Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya. Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai. Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: “Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT. Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang. Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
“Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
“Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
“Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
“Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
“Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.
Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.